Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Isu Penamatan Kontrak Tyzo, DJ Lin Akan Beri Penjelasan Penuh Hari Jumaat Ini

Hmm, apa pula ya kali ini.

Cover image via Harian Metro Malaysia Gazette

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd. Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin memohon maaf kerana tidak dapat memberikan sebarang kenyataan atau komen berhubung isu penamatan kontrak bekas penyampainya, Tyzo baru-baru ini

Menerusi laporan Harian Metro, DJ Lin terpaksa berdiam diri dan tidak dapat memberi sebarang kenyataan mengenai isu tular itu kerana sudah menerima arahan daripada pihak pengurusan tertinggi Suria FM.

"Tunggu hingga Jumaat ini (19 Januari). Insya-Allah, semuanya akan dijelaskan dalam satu sidang media diadakan nanti.

"Saya minta maaf tidak dapat memberi apa-apa kenyataan berhubung isu itu (penamatan kontrak Tyzo) kerana tidak dibenarkan. Ia arahan daripada pihak pengurusan tertinggi Suria FM dan saya kena menghormatinya.

"Tiada sebarang kenyataan boleh dikeluarkan pada masa sekarang dan semuanya akan dijawab pada Jumaat depan, 19 Januari nanti berhubung isu yang berlaku.

"Saya betul-betul minta maaf sebab tak pernah hampakan wartawan sebelum ini apabila mahu mendapatkan komen atau apa saja kenyataan daripada saya. Tapi, untuk kali ini minta maaf dan tunggu pada Jumaat nanti," jelasnya.

Image via Malaysia Gazette

Sebelum ini, Tyzo meluahkan rasa kecewa kerana dia masih mahu berkhidmat lagi

Baru-baru ini, Suria FM dalam satu kenyataan rasmi dikeluarkan stesen itu pada Jumaat lalu memberitahu khidmat Tyzo sebagai penyampai radio segmen Suria Petang berakhir atas alasan penstrukturan strategi untuk tahun 2024.

Tyzo atau nama sebenarnya, Tuah Zolqarnain menerusi hantarannya dalam Instagram meluahkan kekesalan hati apabila mengakui tidak rela disingkirkan daripada stesen radio berkenaan.

Tambahnya, dia masih mahu bekerja dengan Suria FM terutama sekali sebagai seorang ayah yang ada tanggungan, namun segalanya di luar bidang kuasanya.

Tyzo turut menyindir bahawa, ini adalah harga yang dia patut bayar setelah membawa pulang trofi Penyampai Radio Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023.

Tindakan dilakukan pihak pengurusan stesen radio milik Star Media Group Berhad itu disifatkan sebagai tidak wajar sedangkan segmen Suria Petang dikendalikan Tyzo bersama Sharifah Shahirah atau Shiera adalah slot paling popular pada waktu petang.

Sejak semalam, platform media sosial menjadi 'medan' hangat dengan pelbagai komen netizen yang sedih dan marah berhubung situasi penamatan kontrak kerja Tyzo bersama Suria FM, sekali gus mencetuskan kontroversi serta ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan stesen radio itu, ramai mengugut mahu memboikot Suria FM.

Lihat video penuh itu di bawah:

Harap DJ Lin dan Tyzo dapat selesaikan isu ni secara baik lah ya :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment