Isu Tanah Runtuh, Datuk Yusof Haslam Belum Sedia Tinggalkan Banglo Enam Tingkat Miliknya
Banyak kenangan rumah tu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mengambil langkah untuk kekal tenang walaupun berdepan dengan insiden tanah runtuh berhampiran rumahnya baru-baru ini
Menurut laporan Sinar Harian, beliau tidak merancang untuk meninggalkan mahligai enam tingkat di Taman Melawati itu biarpun berlaku kejadian tanah runtuh kira-kira 400 meter dari kediamannya.
"Saya bukannya terlalu yakin tetapi saya serah kepada Allah SWT. Sejak menetap di sini 30 tahun lalu, saya tidak pernah berpindah sementara bila ada kejadian tanah runtuh.
"Lagipun ini bukan kejadian pertama yang berlaku berhampiran rumah saya dan saya sendiri mengambil langkah berjaga-jaga, tetapi kalau berlaku juga, itu kuasa Allah SWT," katanya.
Image via Sinar Harian
Menurut beliau, kejadian tanah runtuh yang berlaku berhampiran rumahnya itu sudah boleh dijangka kerana sudah berlaku beberapa hakisan sebelum ini.
Justeru, beliau berharap pihak berwajib mengambil tindakan yang lebih serius bagi memastikan runtuhan sama tidak berulang.
"Saya sering juga melalui kawasan itu dan sebelum ini sudah nampak beberapa hakisan dan runtuhan kecil sejak beberapa bulan lepas.
"Memang nampak tanah ini akan runtuh bila hujan lebat sekiranya tidak berbuat berbuat sesuatu kerana air longkang mengalir di tepi itu dan menyebabkan hakisan.
"Harapnya ada tindakan sewajarnya supaya runtuhan itu tidak bertambah buruk selepas ini," katanya lagi.
Tidak berkira untuk keluarkan duit poket sendiri untuk baiki masalah longkang pecah atau tersumbat di sekeliling rumah biarpun ia di bawah tanggungjawab majlis perbandaran
Image via @skopofficial_ (TikTok)
"Sebelum menetap di sini, pernah ada kejadian tanah runtuh. Jadi saya sudah ambil langkah sewajarnya dengan mengupah jurutera, memasang tembok penahan tanah.
"Kalau longkang pecah atau tersumbat pun, saya upah orang untuk baiki, saya tidak tunggu majlis perbandaran sebab saya sedar mereka juga ada banyak kawasan lain yang boleh dipantau.
"Saya sendiri setiap minggu akan turun pantau kawasan rumah dengan pekerja saya. Memang makan perbelanjaan yang tinggi, tetapi kita perlukan utamakan aspek keselamatan dan saya jaga semua aspek itu.
"Cuma kalau berlaku juga, itu kuasa Allah SWT," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment