"Jaga-Jaga Kening Tu" - Misai Lelaki Ini Hilang Masa Review Mask Buat Ramai Terkejut
Risau je kening dia hilang!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Penjagaan muka sememangnya sangat penting kepada kaum wanita dan lelaki
Pemakaian skincare bukan saja terhad kepada kaum wanita, malah kaum lelaki juga boleh mengamalkannya dalam kehidupan seharian supaya muka lebih bersih.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang lelaki cuak kerana misainya hilang semasa buat review mask telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tarik kuat sangat sampai misai melekat sekali dengan mask
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang membuat review tentang sebuah jenama mask yang tidak diketahui.
Sedang asyik merakam cara pemakaian mask, dia dilihat ingin membersihkan mukanya dengan menanggalkan mask yang dipakai. Dia dilihat menarik mask itu dengan kuat sehinggakan misainya hilang.
Lantas, dia merasa cuak sambil riak mukanya seperti hendak menangis. Namun, dia meneruskan untuk menanggalkan masknya dengan berhati-hati tambahan lagi di bahagian kening.
Image via @kay_officialpage1 (TikTok)
"Nasib baik kau tak letak dekat kening dik, botak jugak kening nanti" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 239K tontonan, 6K tanda suka dan 300 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan lelaki itu. Malah, ramai juga yang bersimpati dengannya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @kay_officialpage1 (TikTok)
Image via @kay_officialpage1 (TikTok)
Image via @kay_officialpage1 (TikTok)
Image via @kay_officialpage1 (TikTok)
Lain kali jangan letak kat bahagian misai dik, dah macam kena wax dah :'D
Image via GIPHY
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment