Jana Jualan Hingga 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Dengan Perkhidmatan REV Ad Manager
REV Ad Manager sememangnya membantu perniagaan.
Menjaga dan membesarkan anak-anak bukanlah satu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi buat ibu bapa yang bekerjaya
Kesibukan kerja dan kesuntukan masa membuatkan ibu bapa yang bekerja runsing ingin mencari pengasuh untuk menjaga anak-anak mereka.
Oleh itu, Kiddocare sememangnya sangat membantu ibu bapa dalam menyediakan platform dalam talian di mana ibu bapa boleh berhubung dengan pengasuh terlatih.
Image via Kiddocare
Kiddocare bekerjasama dengan REV Ad Manager (RAM) bagi memperkasakan lagi jenama
Platform layan diri ini merupakan usahasama di antara REV Media Group, penerbit digital terkemuka Malaysia juga merupakan cabang digital Media Prima Berhad dan Dattel Asia Group yang memberikan anda akses kepada 39 aset media dan 15.8 juta pengguna unik untuk jenama anda.
Kiddocare berjaya mendapatkan pelanggan baru bagi perkhidmatan mengasuh anak setelah mereka menjalankan kempen bersama RAM.
Image via Kiddocare
Dengan hanya menjalankan sebuah kempen menggunakan jenis iklan Prestasi (Mobile Sticky Bottom), CTR (click-through rate) Kiddocare telah meningkat kepada 5% iaitu melebihi paras yang ditetapkan.
“Sangat mengujakan apabila kami dapat mengenal pasti profil audiens keluarga yang betul dan cadangan saluran yang tepat untuk iklan kami, dan hasilnya kami berjaya meraih 5x peningkatan dalam jualan,” kata Nadia Yusoff, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kiddocare.Tambahan lagi, akses kepada RAM telah membolehkan jenamanya berkembang lebih dari iklan media sosial bagi memastikan capaian jenamanya pada kadar yang berpatutan.
Image via Kiddocare
Nikmati kelebihan ini untuk jenama anda apabila bekerjasama dengan RAM:
- Anda tidak membeli saluran, anda beli rangkaian penonton.
- Tidak perlu pilih saluran, RAM cadang & beri khidmat.
- Penyasaran audiens yang strategik dengan Model Pengguna AI.
Image via Kiddocare
Mula membuat iklan anda dengan mudah dalam 5 langkah:
- Cipta kempen.
- Cipta audiens.
- Cipta reka bentuk.
- Bayar dan terbitkan iklan.
- Laporan prestasi.
Dengan RAM, anda bukan sahaja dapat menjejak belanjawan pemasaran anda, tetapi anda juga akan mendapat hasil yang anda inginkan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment