Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Jangan Terkejut, Ini 7 Haiwan Paling Besar Di Dunia Yang Anda Tak Pernah Terfikir Ia Wujud

Biar betul?

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap haiwan di dunia ini dicipta dengan pelbagai saiz dan spesies

Semua makhluk ini mempunyai fungsi dan kepentingan yang tersendiri dalam ekosistem bumi. Malah, percaya atau tidak, banyak haiwan yang kita tidak kenal pun telah lama wujud di dunia ini.

Dalam edisi kali ini, kami ingin berkongsi 7 haiwan paling besar di dunia yang anda mungkin tidak pernah tahu atau tengok dengan mata sendiri.

1. Ketam labah-labah Jepun

Image via MyRokan

Seperti yang anda dapat lihat, ketam labah-labah ini mempunyai saiz yang sangat besar. Habitatnya adalah di perairan sekitar Jepun. Panjang kaki ketam ini boleh mencecah sehingga 3.8 meter dengan berat 19 kilogram. Kalau anda nak tahu, ia mampu hidup selama 100 tahun tau!

2. Arnab gergasi Flemish

Image via Flickr

Arnab Flemish ini berasal daripada baka tua di Belgium. Ia boleh mencecah berat sehingga 12.7 kilogram dan bersaiz seperti seekor anjing. Besar betul! Agak-agak anda boleh angkat tak?

3. Salamander gergasi Cina

Image via Sains Dan Masyarakat

Bagi kategori haiwan amfibia, salamander gergasi Cina atau nama saintifiknya Andrias Davidianus merupakan haiwan paling besar di dunia. Panjang badannya mampu mencapai sehingga 180 sentimeter! Ia biasa dijumpai di sekitar sungai dan tasik di China.

4. Gajah laut selatan

Image via detikTravel

Gajah laut selatan pula adalah haiwan karnivor paling besar yang wujud di dunia ketika ini. Saiz badan gajah laut jantan adalah enam kali lebih berat berbanding betina. Fun fact, gajah laut boleh menyelam selama lebih daripada 20 minit untuk mencari mangsanya. Rekod paling lama adalah 2 jam di kedalaman lebih daripada 1,400 meter.

5. Paus biru

Image via National Geographic Indonesi

Rasanya semua sudah tahu, paus biru adalah mamalia laut yang paling besar pernah wujud di dunia ini. Mana tidaknya, lidahnya saja adalah seberat 2,700 kilogram iaitu lebih kurang saiz seekor gajah Asia. Berat jantungnya pula adalah 600 kilogram. Berat gila!

6. Gajah belukar Afrika

Image via I Am Lejen

Gajah belukar Afrika merupakan haiwan darat terbesar di dunia. Panjang gajah jantan adalah di antara 5 hingga 7.5 meter dengan berat 5,900 kilogram. Manakala panjang gajah betina pula di antara 5.4 hingga 6.9 meter dengan berat 3,000 kilogram. 

7. Buaya air masin

Image via MyRokan

Tahukah anda, buaya air masin merupakan spesies yang paling besar antara semua buaya yang wujud. Habitatnya di Australia Utara. Berat seekor buaya air masin jantan boleh mencecah sehingga 1,000 kilogram tau. Seram!

Ada tak di antara anda yang pernah lihat haiwan-haiwan ini depan mata? Cuba kongsikan di ruangan komen :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment