Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Janna Nick Tutup Akaun Media Sosial, Bakal Ambil Tindakan Saman Kepada Yang Ugut Dirinya

Dia dikatakan menyamakan ahli kumpulan BLACKPINK, Lisa Manoban dengan 'Lisa Blackpig'.

Cover image via mStar Bangkok Post

Tular baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan isu hangat pengacara dan pelakon popular Janna Nick yang dikatakan sekali lagi mempersendakan seorang artis wanita kumpulan terkenal K-Pop

Terdahulu, dia pernah menjadi bualan hangat dan dikecam peminat K-Pop gara-gara bergurau dalam sebuah video di salun bersama Sharifah Sakinah mengenai kematian salah seorang ahli kumpulan SHINee pada tahun 2018.

Walau bagaimanapun, video tersebut sekali lagi tular apabila muncul di laman For You Page (FYP) TikTok baru-baru ini, sekali gus membuatkan Janna Nick tampil menjelaskan situasi sebenar menerusi video panjang di laman Instagram milik peribadinya yang kini sudah tidak dapat diakses.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Bersumpah tidak melakukan hal tersebut, tetapi timbul pula isu dia didakwa menyamakan nama ahli BLACKPINK iaitu Lisa Manoban dengan 'Lisa Blackpig'

Belum lagi reda isu mempersenda tentang kematian ahli kumpulan SHINee, perbualan di antara netizen terutamanya peminat setia K-Pop menjadi lebih hangat selepas Janna Nick dikatakan tidak ikhlas meminta maaf kerana sempat mempromosikan filem terbarunya dalam video tersebut.

Malah, dia sekali lagi menaikkan kemarahan netizen selepas memuat naik poster filem arahannya yang bertajuk Delen di laman Instagram @jannanickstudios dengan kapsyen berbaur sindiran terhadap Lisa Manoban, iaitu ahli kumpulan BLACKPINK seperti di bawah:

Image via @jannanickstudios (Instagram)

Ingin mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa saja yang mengugut dan memfitnahnya

Menurut sumber, Janna Nick bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang memfitnah, mengugut dan menyerangnya secara peribadi di media sosial susulan isu hangat berkenaan yang sudah dua hari berturut-turut telah trending di Twitter dengan hashtag #JANNANICKGOINGTOJAILPARTY

Janna berkata, laporan polis telah dibuat dan pihak berkuasa sedang menyiasat serta mengenal pasti individu pesalahlaku yang cuba berlindung di sebalik fake account.

Jelas pengacara itu lagi, pihak berkuasa dan pasukan peguamnya sedang dalam proses menyimpan segala rekod yang dimuat naik di Twitter, Instagram, Facebook dan semua media sosial yang memfitnah, membuat ugut jenayah serta menyebarkan tohmahan terhadapnya.

Tindakan undang-undang yang bakal diambil boleh mengakibatkan mereka disaman dan dihadapkan ke mahkamah.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment