seismik

Ditinggalkan Tepi Jalan Dengan Kaki Kudung, Anak Tergamak 'Buang' Ibu Kandung Sendiri

Warga emas itu ditinggalkan berseorangan di tepi jalan berserta lampin pakai buang dan beg pakaian.

Cover image via Lembaga Zakat Selangor (Facebook)

Baru-baru ini, Malaysia telah dikejutkan dengan berita sedih seorang warga emas yang ditinggalkan di tepi jalan oleh anaknya sendiri

Menurut perkongsian di laman Facebook milik Lembaga Zakat Selangor (LZS), warga emas wanita itu ditemui di tepi jalan dengan kerusi roda dipercayai telah 'dibuang' oleh keluarga kandungnya.

Dia juga telah ditinggalkan berseorangan bersama bekalan lampin pakai buang serta beg pakaian.

Lihat posting penuh yang dimuat naik oleh LZS di bawah:

Pihak LZS cuba menghubungi keluarga warga emas itu namun tidak mendapat kerjasama yang baik

"Hasil siasatan mendapati beliau merupakan asnaf fakir kami dan masih mempunyai keluarga. Usaha menghubungi keluarga berjaya dilakukan namun tidak mendapat kerjasama yang baik apabila tiada seorang waris yang sudi menjemputnya kembali ke rumah dengan pelbagai alasan"

"Oleh kerana keadaannya yang kudung sebelah kaki serta ingatan tidak berapa baik, kami terpaksa menyerahkannya untuk tindakan lanjut pihak polis di bawah bidang kuasa pihak berwajib"

"Namun, sekitar jam 3 pagi, anaknya membuat keputusan tidak boleh menjaga ibunya lagi dan pihak polis terpaksa menghubungi pusat jagaan warga emas yang datang menaiki ambulans untuk membawa ibu ini ke hospital bagi pemeriksaan kesihatan dan saringan Covid-19," katanya.

Cuba sembunyikan rasa sebak, masih memuji anaknya yang dikatakan baik

Hati mana yang tidak tersentuh apabila ibu ini masih mendoakan yang terbaik untuk anaknya walaupun dia dibuang di tepi jalan.

"Dah lama acik tak jumpa anak, anak acik baik orangnya," katanya.

Pihak LZS akhirnya menyerahkan warga emas berkenaan mengikut prosedur dan menempatkannya di Pusat Jagaan Warga Emas dengan kebenaran anaknya dan semua kos akan ditanggung oleh pihak LZS.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: