Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Jari Budak Tersepit Di Pintu Masjid, Ramai Tegur Ibu Bapa Pantau Anak Masa Solat Tarawih

Nasib baik tak teruk.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Di Malaysia, umumnya kita akan melihat surau dan masjid yang mendirikan solat sunat Tarawih

Sememangnya ia perkara yang bagus terutama dengan kehadiran anak muda di masjid yang memeriahkan lagi suasana tersebut.

Tidak dinafikan, ada baiknya juga ibu bapa membawa anak kecil di masjid atau surau kerana mahu mendedahkan mereka dengan perkara sebegini.

Namun, tingkah laku mereka juga haruslah dikawal dan tidak menyusahkan pada jemaah lain pula kelak.

Image via @mieelectricalandengineer (TikTok)

Jari tersepit pintu lepas bermain dengan rakan

Menerusi video tersebut, kelihatan suasana solat tarawih di sebuah masjid yang tidak dikenal pasti.

Dapat dilihat juga jemaah yang sedang menunggu untuk solat dan kanak-kanak bermain di bahagian saf belakang.

Namun, salah seorangnya tersepit jari di slidding door berkenaan membuatkan dia tidak boleh bergerak.

Mujur saja ia dapat diselamatkan sebelum keadaan menjadi lebih teruk pada masa itu.

Ramai nasihat agar pantau anak jika nak bawa ke masjid

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati ramai yang menasihati agar ibu bapa sentiasa pantau juga keadaan dan tingkah laku anak jika ingin bawa bersama.

Hal ini kerana takut terjadi perkara yang tidak diingini berlaku.

"Budak selagi tak sakit memang tak reti duduk diam," kata seorang netizen.

"Nak pergi tarawih tak payahlah bawa anak-anak. Tarawih kat rumah je," kata seorang lagi netizen.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.5M views, 44K likes dan 1,635 comments di TikTok.

Lihat video itu di bawah:

Kena pantau juga apa anak-anak buat dekat belakang tu :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment