Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Jawapan Si Anak Buat Bapa Ini 'Pening Kepala', Bila Ditanya Nak Beli Apa Jika Banyak Duit

"Yaya nak beli..."

Cover image via @fyaireez (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap hari pasti ada saja telatah dan gelagat comel daripada kanak-kanak yang dapat kita lihat di media sosial

Telatah mereka ini sedikit sebanyak dapat menghilangkan rasa bosan kita ketika melihatnya, apatah lagi ibu bapa yang membesarkan kita.

Pasti kadang-kadang naik pening juga nak layan karenah mereka ini bukan? Semakin mereka membesar semakin banyak benda yang telah dipelajari. Ada kalanya sampai bertanyakan dan memberikan jawapan yang tidak disangka.

Sama seperti video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila seorang ayah bertanyakan apa anaknya mahu buat jika ada duit banyak dan jawapannya sangat menghiburkan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ayah mengharapkan jawapan lain, tapi lain pula yang dijawab

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang ayah dan anak perempuan sedang berada di dalam kereta sambil berbual.

Selepas itu, si ayah menanyakan kepada anaknya apa yang dia mahu lakukan jika mempunyai banyak duit. Kanak-kanak itu dengan pantas menjawab mahu membeli adik. "Yaya nak beli baby," katanya.

Malah, kanak-kanak itu juga berulang kali memberitahu ayahnya mahu membeli adik sehingga membuatkan si ayah pening mendengarnya.

Image via @fyaireez (Twitter)

"Kalau adik boleh beli dekat Shopee, tiap-tiap tahun aku order" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen juga mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memuji kecomelan kanak-kanak tersebut.

Malah, ada yang menganggap jika adik boleh dibeli dari Shopee tentu saja setiap tahun dia akan membelinya. Ada juga yang menyifatkan jawapan kanak-kanak itu sangat konsisten ketika menjawab.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 201.2K views, 5,490 retweets dan 12.6K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Comel je jawapan dia cakap nak beli adik tu :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment