"Jimat RM700" - Individu Puji Mekanik Bengkel, Jujur Pada Pelanggan Harga Baiki Kereta
Bagus ada pomen macam ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jika anda mempunyai kereta, ia sememangnya benda yang perlu dijaga dan dibaiki bila tiba masanya
Tidak dinafikan, mempunyai kenderaan ini bermakna akan menambahkan komitmen bulanan anda daripada yang biasa.
Iyalah, kereta ini juga ada jangka hayatnya dan perlu dibaiki bila tiba masanya. Nanti rosak menangis tak berlagu pula.
Harga untuk baiki alatan di kereta juga bukan murah, kerana ada yang mahal. Namun, oleh kerana mahu untung, ada sesetengah bengkel kereta sanggup 'menekan' harga pada pelanggan mereka.
Lain pula dengan perkongsian lelaki ini yang memuji mekanik di sebuah bengkel kereta kerana kejujurannya.
Image via @amalmnop (X)
Puji kejujuran mekanik untuk harga baiki kereta
Menerusi perkongsian tersebut, kelihatan lelaki berkenaan memberitahu rakannya telah pergi ke beberapa buah bengkel kereta untuk melihat masalah yang dihadapinya.
Kebanyakannya memberitahu dia perlu menukar satu set absorber di bahagian belakang yang mencecah RM700.
Oleh kerana harga yang agak mahal, dia kemudian pergi ke bengkel yang lain sehingga terjumpa sebuah bengkel yang memberitahu dia hanya perlu menukar bush dengan harga puluhan ringgit sahaja.
"Mixed feelings tengok pomen kereta yang jujur buat kerja. Member datang masalah absorber, 2-3 bengkel suruh tukar 1 set belakang. Jumpa pomen ni, tukar bush harga berapa puluh ringgit je setel.
"Tapi kesian la sale jadi rendah. Diorang kata, "Takpe, rezeki Allah yang bagi".
"Customer pun happy lah. Jimat RM700. Tayar kereta pun dah nak botak, boleh lah guna duit buat tukar tayar instead of tukar absorber," tulis individu berkenaan.
Lihat posting itu di bawah:
Masih ada pomen yang baik dan jujur ni :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment