seismik

Lelaki Berdegil Tetap Bawa Masuk Anjing Peliharaan Ke Dalam Premis - "Tiada Common Sense"

Ada pelanggan yang tengah makan tu.

Cover image via @shafiz2994 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia sangat terkenal dengan budaya dan kaum yang berbilang bangsa

Namun, sebagai rakyat Malaysia yang hidup aman dan damai, adalah tanggungjawab kita untuk turut sama mengekalkan keharmonian dalam masyarakat kita.

Sudah tentu, bila bercakap tentang haiwan peliharaan kita perlu lebih menjaga dan berwaspada, apatah lagi bagi yang beragama Islam.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki membawa anjing peliharaannya masuk ke dalam sebuah premis telah mendapat kecaman ramai.

Sudah dilarang tetapi tetap membawa anjing peliharaan masuk premis

Menerusi sebuah video di TikTok, kelihatan seorang lelaki telah membawa anjing peliharaannya masuk ke dalam premis kedai serbaneka.

Difahamkan, petugas di situ telah pun menegur dengan baik mengenai larangan membawa haiwan peliharaannya itu.

Namun, lelaki berkenaan tetap berdegil dan mengendahkan saja arahan tersebut walaupun ada pelanggan yang sedang makan di situ.

Malah, lelaki tersebut pula yang menghalau petugas di situ dan memberitahu untuk tidak menganggu urusannya.

Tindakan lelaki tersebut ternyata mendapat kecaman ramai selepas melihat video terbabit.

Lihat video itu di bawah:

@shafiz2994 Tindakan seorang pemilik perumahan di kawasan kota Emerald Membawa anjing peliharaannya Bersiar-siar di dalam kawasan kedai seberaneka CU MART KOTA EMERALD RAWANG tindakan pemilik tersebut menyebab tiada common sense terhadap pelanggan beragam islam yang sedang menikmati makan dalam premis tersebut.saya berharap pihak bertanggungjawab dapat ambil tindakkan selanjutnya@Pdrm Malaysia @BuletinTV3 @Berita RTM @berita [email protected] @edisisiasat935 #fyppppppppppppppppppppppp original sound - SHAFIZ2994

Ada lagi orang degil macam ini ya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: