Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

“Jurulatih Ke Juru Tampar” - Tular Video Insiden Pemain Ditampar Raih Kecaman Ramai

Dia sudah pun membuat permohonan maaf.

Cover image via Twitter

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular satu video di laman Twitter apabila seorang jurulatih menampar pemainnya ketika di dalam satu kejohanan sukan

Jurulatih tersebut dipercayai bertindak sedemikian ketika membimbing pasukan Melaka ketika Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14 tahun yang diadakan 16 Disember lalu.

Insiden itu ternyata telah mendapat perhatian ramai yang mengecam tindakan jurulatih tersebut. Malah, ia turut mendapat perhatian daripada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang menyelar tindakan berkenaan.

Lihat video itu di bawah:

Jurulatih sudah tampil mohon maaf

Menerusi sumber, jurulatih pasukan bola tampar wanita Melaka bawah 14 tahun (B-14) yang didakwa menampar dua pemainnya dalam satu kejohanan yang rakamannya tular di media sosial sudah pun memohon maaf pada hari kejadian insiden itu.

EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, VP Shanmugam, berkata sebenarnya isu berkenaan sudah selesai pada hari kejadian 16 Disember lalu apabila jurulatih terbabit memohon maaf kepada dua pemainnya sejurus tamat saingan separuh akhir.

"Berdasarkan rekod, ia adalah kejadian pertama berlaku sejak guru itu menjadi jurulatih pemain terbabit sejak di sekolah rendah hingga menengah"

"Dia adalah seorang jurulatih, guru yang amat berdedikasi dan melatih pasukan bawah 14 tahun ini bukan sehari dua, malah sejak sekolah rendah serta menganggap pemainnya macam anak sendiri. Apapun, perbuatan menampar itu tidak sepatutnya berlaku"

Tambahnya, pihak pengurusan skuad bola tampar pada kejohanan itu juga akan dipanggil untuk memberi keterangan dan hasil pertemuan dan perbincangan itu akan menentukan nasib jurulatih tersebut.

Image via Twitter

"Weh tu anak perempuan orang" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 889.3K views, 2.3M likes dan 13.6K retweets di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Image via Twitter

Image via Twitter

Image via Twitter

Semoga tak terjadi lagi insiden seperti ini :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment