Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Kakak! Adik! Tolong Mama Tak Boleh Bangun!" - Wanita Kongsi Saat Akhir Sebelum Ibu Pergi

Sumpah sedih baca kisah ni. :'(

Cover image via Twitter @shazreeyana

Ibu merupakan penerang dunia bagi setiap anak yang lahir di dunia ini. Tanpa mereka, siapalah kita...

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Tak dapat dibayangkan begitu banyak perjuangan yang telah dikorbankan oleh seorang wanita yang bergelar ibu. Baik tenaga, waktu, fikiran, harta, malah nyawa mereka selama 9 bulan ketika kita berada di dalam kandungan juga merupakan pengorbanan terbesar yang dilakukan. Seorang ibu juga akan terus menyayangi anaknya walaupun mereka sudah meningkat dewasa atau menua.

Besar dan luas sungguh pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu.

Baru-baru ini, sebuah perkongsian yang ditulis oleh seorang wanita iaitu @shazreeyana di laman Twitter telah menarik perhatian ramai kerana dia menceritakan saat-saat akhir sebelum kehilangan ibu tercinta

Image via Twitter @shazreeyana

Tidak dinafikan, perkongsian yang ditulis amatlah menyentuh hati. Malah, ramai pengguna Twitter lain turut memberikan kata-kata semangat dan ada juga yang berkongsi kisah mereka sebelum kehilangan wanita yang bernama Ibu.

Baca penuh di bawah:

Ibu mengadu batuk tak baik hampir sebulan walaupun sudah banyak ubat diambil untuk pulih. Pada tahun yang sama, ibu dapat tawaran lanjutkan pelajaran ke Australia.

Selepas beberapa kali buat pemeriksaan di hospital, ibunya disahkan menghidap kanser ADENOCARCINOMA STAGE 2B dan kanser ini memang jenis yang cepat merebak

Sebak hati setiap kali melihat ibunya terpaksa buat chemotherapy & radiotherapy

Satu malam, masa nak sambut hari ulang tahun Ferra, tiba-tiba mereka sekeluarga terdengar jeritan ibunya, "Kakak, adik! Tolong! Mama tak boleh bangun!"

"Mama kuat, mama nak baik cepat"

Mama tiba-tiba call beritahu dia tak boleh nak bernafas. Rupa-rupanya paru-paru mama dah berdarah dan oxygen level makin menurun.

"Kakak, jaga adik-adik, tengok adik-adik, kakak anak sulung mama, tengok abah sekali, kakak jangan nangis..."

Dia juga turut berkongsi wajah wanita kesayangannya dan bagaimana wanita tersebut mencurahkan kasih sayang terhadap keluarga mereka

"Redha dengan pemergian mama..."

Namun, dia sering juga mendapat mimpi ibunya itu datang dan memberitahu bahawa dia tidak mati, hanya tinggal di tempat lain dan jauh.

Selain itu, dia turut menceritakan saat-saat terakhir ibunya ketika bertarung untuk mendapatkan nafas. Oxygen level semakin menurun sedikit demi sedikit.

Saat kehilangan ibunya itu, dia turut menempuh fasa di mana dia berasa seperti keseorangan dan tidak ada semangat lagi untuk hidup.

Kesimpulannya, hargailah mereka yang tersayang selagi mereka masih ada di dunia ini...

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga perkongsian menyayat hati yang lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment