seismik

Coretan Kenangan Terakhir Untuk Anak Kesayangan Oleh Ibu Ini Buat Ramai Sebak. Sedihnya...

Semoga keluarga arwah adik Ahmad Sayyid tabah.

Cover image via SaidahMalihah/Facebook

Tahukah anda bahawa kanak-kanak yang masih belum Baligh jika mereka meninggal dunia, mereka akan berada di bawah penjagaan Nabi Ibrahim A.S dalam syurga nanti

Gambar sekadar hiasan.

Image via Bidadari.My

Ya, betul.

Jika kanak-kanak atau bayi yang masih belum Baligh meninggal dunia, mereka dikatakan akan menjadi ahli syurga di mana mereka akan berada di bawah jagaan Nabi Ibrahim A.S. Anak kecil itu juga akan mengingati ibu bapanya dan akan memberikan syafaat kepada ibu bapa mereka dengan izin Allah.

Menurut satu hadis iaitu Hadis Riwayat Imam Muslim - 2435,

"Anak-anak mereka ialah Da’amis Syurga. Salah seorang daripada mereka menemui ayah mereka atau ibu bapa, lalu menarik bajunya atau menarik tangannya seperti aku menarik hujung jahitan bajumu ini. Anak itu tidak akan melepaskannya sehingga Allah memasukkan ibu bapanya ke dalam syurga."

Jadi, buat ibu bapa yang kehilangan anak yang masih kecil, pujuklah hati dengan mengetahui bahawa semua itu adalah ketentuan Yang Maha Esa

Perkongsian di bawah merupakan coretan kenangan terakhir buat anak kecil ini yang telah meninggal dunia dan ianya ditulis ikhlas dari hati seorang ibu, Saidah Malihah

Perkongsian tersebut telah meraih lebih 5 ribu 'shares' ketika artikel ini ditulis. Baca penuh di bawah:

Arwah adik Sayyid bersama adiknya.

Image via Saidah Malihah / Facebook

Bismillahirahmanirahim. Harini baru ada masa utk mencoret kenangan buat Ahmad Sayyid.

Nama Sayyid diberi kerana mimpi ada tangan yg menulis nama tu masa tengah mengandungkan dia. Masa tu belum tahu jantina dia lagi. Mami nekad mahukan nama Sayyid yang bererti Penghulu/ Ketua walaupun abahnya nak nama lain. Sesuai la Penghulu untuk anak sulung kan. Lahirnya secara induce pd 12 Ogos 2014 kerana kurang gerak. Membesar sbgai anak yg disayangi ramai.

Petuanya masa mengandung bacalah surah Luqman & Ar-Rahman setiap hari dan niatkan khusus untuk anak dlm kandungan.

Ini pula merupakan saat-saat terakhir sebelum arwah adik Ahmad Sayyid pergi meninggalkan dunia buat selamanya...

8 Ogos 2019, Khamis
Abah Sayyid mimpi Sayyid bangun dari tidur, jalan keluar dari bilik (Sayyid dah tak boleh jalan sbnrnya sbb kaki sakit) utk cium adiknya yg sedang tidur. Dan cakap ngn abahnya, dia nak pergi keluar, tapi ada benda yg halang dia. Tapi takpelah, lain kali je lah. Nanti abah tolong.

9 Ogos 2019, Jumaat
Siang harinya, banyak kali dia tanya, Abah dah balik ke setiap kali bunyi kereta lalu depan rumah. Dia banyak cakap juga, tak seperti hari biasa yg byk tidur sebab penat. Malamnya, Sayyid tdo kat sebelah mami mcm biasa. Mami dengar Sayyid bercakap sambil tido (dengan anggapan Sayyid mengigau). 

"Sekejap lagi Sayyid sampai, tak jauh dah" diulangnya 2 kali. Mami kejutkan Sayyid dan Sayyid kembali tidur.

Pada hari seterusnya, arwah kurang berselera untuk makan. Namun, dia juga turut menolak ketika disuruh masuk wad. Tiba-tiba...

10 Ogos 2019
Seperti biasa Sayyid kurang berselera untuk makan. Oleh kerana satu hari suntuk tak makan, mami bagi Sayyid susu sedikit ikut Ryles tube. Sayyid cakap Sayyid dah taknak masuk wad. Magrib tu Sayyid cakap rasa macam nak sendawa tapi tak lepas. Disuruhnya gosok dibelakang dia sehinggalah malam. Pkul 11 mlm Sayyid cakap macam nak muntah. Tapi tak muntah pun, dia cuma keluarkan sedikit air liur. Mami nak sedapkan hati Sayyid dan cakap kat Sayyid ni sebab Sayyid tak makan, ada angin la.

Pukul 11.30 mlm, mami ajak Sayyid tidur sebab mami dah penat. Mami peluk Sayyid dan tidur. Pkul 1 lebih, Sayyid kejutkan Mami, Sayyid cakap rasa macam nak muntah lagi. Nak tinggikan bantal. Mami ambil bantal mami utk tinggikan bantal Sayyid. Bila mami nak sandarkan Sayyid pd bantal, mami nampak Sayyid dah nak pergi. Sayyid cuba cakap2, tapi percakapan Sayyid sudah tidak jelas kedengaran. Mami suruh Sayyid pegang tangan mami, Sayyid genggam tangan Mami. Mami panggil Abah juga. Mami mengucap tanpa henti, Lailahaillah.

Mami tengok mata Sayyid dah ke atas, Mami terus doakan pada Allah semoga mudahkan urusan Sayyid. Genggaman tangan Sayyid makin lemah dan mami tahu Sayyid dah pergi. Mami tengok jam, pkul 1.17am.

"Sayyid pergi cari adik ya di sana nanti..."

Al-Fatihah buat arwah Sayyid.

Mami terus cakap pada Sayyid, mami tahu roh Sayyid ada kat sini lagi. Pergilah cari adik (Sayyid ada adik yg meninggal dlm perut masa 8bulan mengandung) kat sana. Main sama2. Mami sayang Sayyid.

Mami suruh abah call 999 untuk panggil doktor datang buat pengesahan. Mami tulis kat wassap family, Sayyid dah takde. Mami call nani bagitau Sayyid dah takde. Doktor dr HTAR sampai dengan ambulans utk buat pengesahan. Keluarga2 terdekat juga datang ke rumah.

Pagi, takbir Aidiladha berkumandang. Mami senyum sebab mami gembira Sayyid pergi di hari yang baik. Mami redha Sayyid pergi sehari sebelum harijadi Sayyid yg ke 5. Tiada lagi sakit pdmu sayang dan Sayyid terpilih ke "boarding school" utk jadi anak asuhan Nabi Ibrahim A.S. Mami bangga dengan Sayyid.

Al-fatihah buat Sayyid - 12082014 - 11082019.

Ibu arwah Ahmad Sayyid turut memberikan pesanan yang begitu bermakna buat mereka yang mempunyai anak kecil dan telah meninggal sebelum baligh

Buat ibu2 lain yg juga punya anak kecil meninggal sebelum baligh, redha lah kerana anak kita akan menjadi saham akhirat kita yang akan memimpin tangan kita ke syurga. Kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga.

Sabda Rasullulah saw yang bermaksud: "Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya: "Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab: Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu diasuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)


Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, di alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar, hisab, mizan dan sebagainya."

Al-Fatihah buat arwah adik Ahmad Sayyid

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga perkongsian lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: