Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Kalahkan 49 Negara Yang Lain, Roti Canai 'Malaysia' Dinobatkan Roti Terbaik Di Dunia

Wow tak sangka.

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Roti canai dan rakyat Malaysia berpisah tiada sebagaimana beberapa menu lain seperti nasi lemak dan teh tarik

Roti canai kini mudah untuk didapatkan di mana-mana kedai terutamanya di kedai mamak. Bukan saja pada waktu pagi, namun ia juga boleh dinikmati pada waktu malam. Ditambah pula dengan teh tarik, memang lengkap rasanya.

Baru-baru ini roti canai telah dinobatkan sebagai roti terbaik di dunia dan berita sememangnya telah mengejutkan ramai orang.

Lihat kedudukan di bawah:

Image via TasteAtlas (Facebook)

Berjaya kalahkan 49 negara yang lain

Makanan itu dinobatkan sebagai roti terbaik oleh laman web TasteAtlas, yang berpangkalan di Sofia, Bulgaria.

Mengikut carta yang dikongsikan, roti canai bukan sahaja berjaya mengalahkan India yang popular dengan roti naan, tetapi berjaya mengalahkan negara Eropah yang terkenal dalam penghasilan pastri terbaik dunia.

Sebelum ini, roti canai juga pernah dinobatkan sebagai makanan jalanan terbaik di dunia, tahun lalu.

Untuk maklumkan anda, laman TasteAtlas sering mengumpulkan resipi asli, ulasan pengkritik makanan dan artikel penyelidikan tentang bahan dan hidangan popular dari serata dunia.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Tak dinafikan roti canai memamg sedap! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment