seismik

Gara-Gara Penumpang 'Tercirit' Dalam Pesawat, Pilot Terpaksa U-Turn Buat Pendaratan Cemas

Dia sakit perut sangat tu.

Cover image via @arbyswehavethe2 (Twitter) & Insider

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menaiki kapal terbang untuk ke sesebuah destinasi sememangnya lebih cepat dan menjimatkan masa

Kebiasaannya, kita akan menaiki pesawat jika mahu ke tempat yang jauh ataupun ke luar negara. Penumpang-penumpang perlulah mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Namun, lain pula kejadian yang berlaku di dalam sebuah pesawat ini apabila seorang penumpang tiba-tiba tercirit sehingga memaksa juruterbang melakukan pendaratan cemas telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Pesawat terpaksa berpatah balik dan mendarat

Menurut The Guardian, insiden itu berlaku kira-kira dua jam selepas penerbangan Delta Air Lines dari Atlanta ke Barcelona berlepas, menyebabkan juruterbang menghubungi kawalan trafik udara dan meminta kebenaran untuk kembali ke Atlanta.

Pesawat itu kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson Atlanta, di mana krew penyelenggaraan menghabiskan lima jam membersihkan, mencuci, dan menggantikan permaidani lorong yang rosak akibat cirit-birit yang bersepah.

Penumpang, termasuk individu yang mengalami cirit-birit yang teruk, akhirnya dibenarkan menaiki semula penerbangan selepas penangguhan selama lapan jam. Mereka berjaya sampai ke Barcelona pada petang Sabtu, 2 September, tanpa menghadapi sebarang masalah tambahan.

Anda boleh mendengar audio di bawah:

Habis bersepah, makan apalah agaknya tu sampai sakit sangat perut :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: