"Kalau Mati Semua Info Ada" - Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Wasiat Di Google Dengan Mudah
Senanglah lepas ni nak buat dah ada backup.
Umum sedia maklum, mengenai ajal, jodoh dan maut semuanya telah ditentukan oleh Allah SWT
Siapalah kita untuk menidakkan takdir tersebut. Disebabkan itu persiapan awal perlu dilakukan bila tibanya waktu.
Pasti anda pernah dengar ibu bapa atau ahli keluarga anda melakukan wasiat demi menyiapkan diri mereka jika berlaku sesuatu yang tidak diingini bukan?
Dengan teknologi zaman sekarang yang semuanya canggih, kini anda boleh lakukannya sendiri saja. Seperti yang dikongsikan oleh seorang lelaki ini di laman Twitternya tentang bagaimana cara anda boleh membuat wasiat hanya melalui google accounts saja.
Image via Rahaman Rasid
Pastikan anda mempunyai google accounts sebelum membuat wasiat ini
Image via Pinterest
Menerusi perkongsian lelaki yang dikenali sebagai Abah itu, dia berkongsi tentang cara-cara bagaimana untuk melakukannya jika suatu hari nanti berlaku perkara yang tidak diingini kepada anda.
Menurutnya, pelbagai info yang anda inginkan boleh dimasukkan ke dalam akaun itu tanpa sebarang kerisauan.
Siap ada special mesej yang boleh dihantar kepada orang yang diamanahkan
Malah apa yang lebih mengagumkan mengenai wasiat ini, setelah anda siap mengisi semua info yang ingin diberikan, anda juga boleh membuat special message yang ditulis sendiri untuk dihantar kepada orang yang diamanahkan tersebut.
"Done buat wasiat Google. In case kalau aku mati, semua info dalam Google aku akan transfer ke Nawal. Siap ada special SMS hantar ke telefon dia dengan mesej yang menyayat hati," katanya.
Dalam pada itu, perkongsian tersebut turut mendapat perhatian warganet dan mereka kagum dengan teknologi canggih ini, malah menganggap ianya sesuatu yang memudahkan
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 4.6K retweets, 155 quotes tweets dan 9.7K likes.
Canggih betul teknologi zaman sekarang, buat wasiat pun online je :)
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment