seismik

[VIDEO] Sebak Tengok Kucing Dalam Banjir, Pemuda Ini Sanggup Selamatkan Semua Seorang Diri

Mulianya hati dia.

Cover image via @callmefye (Twitter)

Umum mengetahui Malaysia berdepan dengan keadaan yang sukar buat masa ini seperti penularan wabak Covid-19

Namun, tidak cukup dengan itu negara sekali lagi ditimpa musibah yang sering terjadi iaitu banjir di beberapa negeri.

Lebih menyayat hati adalah apabila melihat rumah-rumah yang kini kelihatan bumbung saja dek kerana ditenggelami air.

Seperti video yang tular baru-baru ini di laman Twitter mengenai keikhlasan seorang pemuda yang sanggup meredah banjir demi menyelamatkan kucing-kucing yang terperangkap.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kosmo

Prihatin dengan haiwan, sanggup selamatkan kucing dulu walaupun rumah dinaiki air

Selain menyelamatkan orang yang terperangkap, haiwan juga tidak dilupakan kerana mereka juga adalah makhluk yang bernyawa dan memerlukan pertolongan dikala waktu sukar ini.

Menerusi video tersebut, kelihatan beberapa ekor kucing sedang dibawa menaiki bot untuk menuju ke tempat yang lebih selamat.

Difahamkan pemuda berkenaan sendiri ditimpa dengan musibah besar itu, namun kerana kasihan dia sendiri sanggup berkorban untuk menyelamatkan kucing-kucing tersebut.

"Alhamdulillah masih ada hamba Allah yang baik hati" - Netizen

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 328.1K views, 21.7K retweets dan 29.6K likes.

Sementara itu, video berkenaan telah mendapat perhatian warganet yang turut memuji tindakan pemuda terbabit untuk menolong kucing-kucing itu.

Syukur masih ada yang prihatin terhadap haiwan. Semoga pemuda ini dimurahkan rezeki :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: