[VIDEO] Kes Covid-19 Meningkat Tinggi, Keadaan Pusat Kuarantin MAEPS Serdang Semakin Padat
Bimbang dengan keadaan kes positif yang makin naik ni.
Umum mengetahui keadaan terkini wabak penularan Covid-19 di negara kita yang semakin meningkat
Oleh kerana itu, keputusan membuka semula Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) sebagai PKRC MAEPS 2.0 itu dibuat berikutan peningkatan mendadak kes Covid-19.
Malah, disebabkan padatnya pusat rawatan berisiko rendah, kementerian kesihatan kini mengutamakan pesakit yang tidak mempunyai persekitaran kondusif untuk kuarantin di rumah.
Namun, tular satu video perkongsian di Facebook menunjukkan keadaan terkini di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 di MAEPS Serdang yang semakin membimbangkan.
Mereka yang dikuarantin di sini adalah pesakit positif Covid-19 tahap 1 (tidak bergejala) dan tahap 2 (bergejala ringan)
Menerusi video tersebut, jelas kelihatan pusat kuarantin tersebut kini semakin dibanjiri dengan orang yang mempunyai gejala wabak berkenaan.
Menurut sumber, sebelum itu Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kapasiti semasa di hospital dan kemudahan rawatan berisiko rendah hanya terhad kepada 23,000 tempat tidur.
"Setakat ini kita boleh tampung, tetapi jika kita lihat kes-kes aktif, jumlahnya (lebih) 22,000 kapasiti. Kapasiti kita 23,000,”
“Kami sedang mengutamakan kes-kes yang tidak mempunyai keadaan yang kondusif untuk kuarantin. Sebagai contoh, kami menempatkan pekerja asing di MAEPS,” katanya.
"Macam nak masuk asrama je gayanya" - Netizen
Sementara itu, warganet turut memberikan reaksi mereka apabila melihat video berkenaan.
Rata-ratanya terkejut dengan keadaan terkini pusat kuarantin terbabit dan sangat bimbang melihat betapa ramainya orang di sana.