[VIDEO] Kami Meremang Lihat Rakaman Suara Wanita Meraung Sebut "Allah" Di Hospital Ini
Suara siapa tu?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Percaya atau tidak, setiap tempat di sekeliling kita sebenarnya turut dihuni oleh makhluk halus. Cuma bezanya, ada orang boleh lihat dengan mata kasar dan ada juga di sebaliknya.
Antara tempat yang sering dikatakan 'keras' adalah di kawasan bangunan lama, rumah terbengkalai dan juga hospital.
Bila sebut saja tentang hospital, pasti ada cerita seram yang timbul betul tak? Baru-baru ini, tular sebuah rakaman memaparkan kejadian di sebuah hospital sehingga membuatkan ramai meremang bulu roma.
Image via Repictblog
Meraung jerit "Allah" banyak kali, ramai tertanya-tanya siapa pemilik suara?
Menerusi video yang dimuat naik oleh @bujanglajak8, kelihatan individu itu merakam suara seorang wanita yang sedang meraung sambil menjerit "Allah". Wanita itu dikatakan meraung tanpa diketahui apa puncanya.
Ternyata, klip berdurasi 38 saat yang dikongsikan oleh individu tersebut membuatkan ramai netizen meremang dek kerana jeritan yang dirakam kedengaran begitu jelas.
"Kerap terjadi di hospital, bunyi teriakan, menyamar jadi jururawat, pek darah berkurang, benda jatuh," tulisnya.
Image via @bujanglajak8 (TikTok)
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut berkongsi pengalaman seram mereka ketika dirawat di hospital
Susulan tularnya video tersebut, kini ia telah mencecah 1.3M views, 46.6K likes dan 3.8K shares di laman TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen:
Image via @bujanglajak8 (TikTok)
Image via @bujanglajak8 (TikTok)
Image via @bujanglajak8 (TikTok)
Lihat video seram itu di bawah:
Apa pengalaman seram korang dekat hospital? Cuba cerita.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment