seismik

[VIDEO] Ramai Samakan Aizat Amdan Macam Sam Smith, Tapi Versi 'Dark Web'

Alamak! Lainnya penampilan dia, tapi suara Aizat masih padu!

Cover image via @ariaputerakamal (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa saja yang tidak mengenali penyanyi dan penulis lagu kelahiran Akademi Fantasia, Aizat Amdan?

Penyanyi berbakat yang popular dengan lagu Hanya Kau Yang Mampu, Lagu Kita, Sungai Lui, Pergi, Sampai Ke Hari Tua dan banyak lagi sentiasa menyajikan karya merdu buat para peminatnya.

Namun, sudah agak lama Aizat mendiamkan diri daripada dunia seni sejak beberapa tahun lepas dan membuatkan ramai rindu akan karyanya.

Baru-baru ini, Aizat telah membuat 'come back' dan tampil menyanyi di sebuah konsert. Tetapi, penampilan barunya pula menjadi bualan ramai.

Netizen dakwa Aizat Amdan persis Sam Smith versi Malaysia

Menerusi perkongsian video di TikTok yang dimuat naik oleh @ariaputerakamal, kelihatan Aizat menjadi penampilan istimewa di konsert YUNAVERSE yang diadakan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah bukan nyanyiannya, tetapi pemakaian Aizat yang dikatakan sangat berbeza dengan penampilannya sebelum ini.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan Aizat cuba menjadi seperti penyanyi antarabangsa, Sam Smith.

Image via Page Six

"Aizat Amdan masih seperti yang dulu, cuma ni dia perform atas pentas sebagai @Ai.Z, alter ego dia. sebab tu dress up lain sikit" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sehingga 741K views, 15.3K likes dan 6.5K shares di TikTok.

Ramai berpendapat Aizat kelihatan seperti Sam Smith versi 'dark web'. Namun, ada juga yang mengatakan dia masih Aizat Amdan yang dulu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: