Kelas Darjah 1 Di SJKC Batu Kikir Cipta Sejarah Tersendiri Majoriti Adalah Murid Melayu
Sebagai rekod, 62 daripada 66 murid di sekolah itu adalah Melayu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seperti umum tahu, kebiasaannya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) pastinya akan dipenuhi dengan murid berbangsa Cina
Namun, ia tidak berpandangan seperti itu di sebuah sekolah vernakular Cina di Batu Kikir, Negeri Sembilan.
Apa yang lebih mencuri tumpuan ialah kesemua 20 murid yang mendaftar untuk tahun satu adalah orang Melayu, menurut laporan Sin Chew Daily.
Daripada jumlah keseluruhan 66 murid di sekolah itu, 62 adalah Melayu manakala empat lagi adalah Cina. Ini menjadikan SJK (C) Chi Sin sebagai sekolah rendah Cina majoriti Melayu.
Sekolah terapkan semangat budaya dan perayaan antara Melayu dan Cina
Sekolah ini menjadi terkenal kerana integrasi budaya dengan ibu bapa menyertai perayaan untuk semua perayaan utama Cina dan Melayu seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya, perayaan kuih bulan dan lain-lain.
Guru besar sekolah berkenaan berkata, sekolah itu unik dengan cara tersendiri apabila guru menyediakan pendekatan khas untuk mengajar murid Melayu dalam bahasa Cina.
Lebih 10 tahun lalu, sekolah itu hanya mempunyai kira-kira 20 pelajar, tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ibu bapa Melayu mula menghantar anak mereka ke sekolah rendah Cina.
Ia akhirnya mendorong lebih ramai ibu bapa Melayu menghantar anak mereka ke sana untuk belajar bahasa Cina juga.
Lihat posting itu di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment