Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Kelebihan Bulan Rejab & Amalan Sunat Yang Boleh Anda Lakukan

Semoga bermanfaat dan selamat beramal!

Cover image via MyWilayah Indahnya Islam

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, Rejab merupakan bulan yang ke-7 dalam kalendar Islam atau takwim Hijrah

Selain menandakan kehadiran bulan Ramadan yang hampir tiba, bulan Rejab juga sering mengingatkan kita sebagai umat Islam untuk memperbanyakkan lagi amalan-amalan sunat di dalam bulan ini.

Apakah amalan sunat yang digalakkan pada bulan Rejab?

Artikel kali ini akan menyenaraikan beberapa kelebihan dan amalan sunat yang anda boleh lakukan pada bulan berkat ini.

Dalam bulan Rejab, dianjurkan banyak berdoa dan berzikir dengan ketentuan berikut, diriwayatkan oleh Ibnu ‘Asyakir daripada Abi Umamah, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Lima malam yang tidak akan ditolak doa padanya ialah doa pada awal bulan Rejab, malam Aidil Fitri dan malam Aidil Adha.

Amalan-amalan sunat di bulan Rejab:

1. Solat

  • Solat-solat sunat mengiringi solat fardhu.
  • Solat sunat Israk, solat sunat Dhuha dan solat sunat Taasbih.

Gambar sekadar hiasan

Image via Indahnya Islam

2. Bertaubat dan memohon ampun

Bertaubat dan berdoa mohon keampunan agar diterima amalan ibadat, minta selamat dunia dan akhirat, minta dilimpahi rahmat, minta dilepaskan daripada azab-Nya di akhirat dan mohon dimasukkan ke syurga.

Dalam Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa-dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Sekiranya ditambah dengan berpuasa Rejab wajib baginya;

  • Diampunkan dosanya yang lalu.
  • Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
  • Terlepas dari dahaga di hari kiamat
Bacaan doa ini boleh dibaca sepanjang bulan Rejab:

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ

Anda juga digalakkan untuk melakukan solat taubat pada bila-bila masa dan bulan Rejab adalah waktu terbaik untuk memohon keampunan kepada Allah SWT.

Gambar sekadar hiasan

Image via Iqra

3. Banyakkan Berzikir & Beristighfar

Tasbih ini dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, mulai dari awal Rejab hingga 10 Rejab:

سُبْحَانَ الْحَيِّ الْقَيُّوْم

Tasbih ini dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, mulai dari 11 Rejab hingga 20 Rejab:

سُبْحَانَ اللَّهِ الْأَحَدُ الصَّمَدِ

Tasbih ini dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, mulai dari 21 Rejab hingga 30 Rejab:

سُبْحَانَ اللهِ الرَّؤُوْفِ

4. Bersedekah

Perbuatan bersedekah sememangnya disukai oleh Allah SWT kerana ia merupakan perbuatan baik yang mampu memberi mafaat kepada orang lain.

Amalan ini bukan sahaja boleh dilakukan pada bulan Rejab tetapi bila-bila masa sahaja.

Gambar sekadar hiasan

Image via Beana Home Quran

5. Selawat ke atas Nabi

Perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW merupakan satu amalan bulan Rejab yang dianjurkan.

Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali.” (HR. Muslim).

Selain itu, Baginda juga bersabda:

“Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kamu ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah berdoa kepadaku padanya, kerana sesungguhnya doa kamu akan diperlihatkan kepadaku.” (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah dan An-Nasa’i).

Gambar sekadar hiasan

Image via Al-Mukarramah

6. Baca Al-Quran

Umum mengetahui, membaca al-Quran adalah satu amalan baik untuk dilakukan. Banyakkan membaca ayat suci al-Quran agar hati kekal tenang dan diberi keberkatan oleh Allah SWT.

Gambar sekadar hiasan

Image via Google

7. Puasa Sunat

Berpuasa sunat pada bulan Rejab akan diganjari dengan pahala lebih banyak serta dosa yang dilakukan pada bulan tersebut dibalas dengan balasan lebih besar berbanding bulan-bulan yang lain.

Ya Allah, berkatilah kami di Rejab dan Syaaban serta temukanlah kami dengan bulan Ramadan!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment