Gelagat 2 Pemuda Gen-Z Tunjuk Situasi Rakan Ada Anak Kecil Ini Buat Ramai Boleh Relate
Biasalah tu anak kecil lagi.
Bagi mereka yang berusia 20-an, mungkin akan sedar rakan-rakan di sekeliling telah pun berumah tangga
Malah, ada antara mereka yang mungkin sudah menimang cahaya mata buatkan mereka yang belum berkahwin mungkin terasa ketinggalan.
Namun begitu, lain pula yang ditunjukkan dalam sebuah video tular di TikTok memaparkan dua orang lelaki bujang dilihat sedikit lega kerana tidak perlu berhadapan dengan situasi menjaga anak.
Image via @hazzeeamir (TikTok)
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang sibuk membantu isteri menguruskan anaknya di dalam kereta.
Apa yang menghiburkan adalah reaksi dua orang rakannya di belakang yang dilihat duduk diam di belakang sambil tersenyum seakan-akan lega tak perlu berhadapan dengan situasi itu.
Image via @hazzeeamir (TikTok)
"Buka zikir dalam kereta tu sangat relate ye HAHAHAH" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 754.7K views, 57.3K likes dan 1.1K shares.
Pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen terhadap video berkenaan di bahagian komen.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen:
Image via @hazzeeamir (TikTok)
Image via @hazzeeamir (TikTok)
Image via @hazzeeamir (TikTok)
Lihat video penuh di bawah:
Luar nampak happy tapi dalam hati mungkin lain :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment