Keluarga Ini Tabah Walaupun Netizen Face Shaming Muka Unik Mereka Dengan Spam Emoji Katak
Tak sangka manusia kejam wujud!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Semua manusia di muka bumi ini mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing
Tiada seorang pun yang boleh dikatakan sempurna. Malah, tiada orang yang berhak untuk mengejek atau mempersendakan ciptaan Tuhan.
Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sebuah keluarga bahagia menerima kecaman dan face shaming mencuri tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Dikecam dengan spam emoji katak masa mereka sekeluarga buat live
Menerusi video yang dimuat naik oleh @aishaandn, dia sangat menggemari keluarga Manurung itu di TikTok kerana mereka dilihat seperti keluarga bahagia yang sering meluangkan masa bersama.
Apa yang lebih mengejutkan apabila pada pertengahan video, Aisha memaparkan keluarga tersebut menerima pelbagai kecaman daripada netizen. Mereka bertindak dengan spam emoji katak di ruangan komen.
Lihat video keluarga itu di bawah:
"Mereka juga ciptaan Tuha, jangan jadikan kekurangan orang sebagai bahan lawak" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersimpati dan bersetuju dengan Aisha yang menyeru untuk memberi sokongan kepada keluarga itu.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 4.8M tontonan, 891K tanda suka dan 17K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @aishaandn (TikTok)
Image via @aishaandn (TikTok)
Image via @aishaandn (TikTok)
Image via @aishaandn (TikTok)
Image via @aishaandn (TikTok)
Image via @aishaandn (TikTok)
Ingat guys, tak baik menghina orang. Kita bukan perfect mana pun.
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment