seismik

Tular Video Budak Darjah 5 Ingin Dibayar Dengan Beras Setelah Ambil Upah Mengecat. Sebak!

Kuatnya adik ni.

Cover image via @mfs_bengkelbesi (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan, ramai yang terkesan akibat pandemik Covid-19 yang berlaku ini

Ada yang terpaksa diberhentikan kerja, sehinggakan mereka tidak mempunyai sumber rezeki untuk menjamin kelangsungan hidup. Ada juga yang terpaksa mengikat perut berikutan dengan pandemik yang berlaku. 

Baru-baru ini tular video di TikTok yang memaparkan seorang budak lelaki bekerja keras demi membantu keluarganya mencuri tumpuan netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@mfs_bengkelbesi

dya mai buat kerja dgn kita,bguih budak nie..kita tya nak duit ka nak beras,dya kata nak beras#MFsBengkelBesi

bunyi asal - Abeyie_Official - Abeyie_Official

Gigih ambil upah tolong cat, budak ini minta dibayar dengan beras

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mfs_bengkelbesi di laman TikToknya, kelihatan dia sedang merakam seorang budak lelaki pulang membawa beras.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah budak darjah 5 itu minta dibayar dengan beras setelah gigih mengambil upah tolong cat untuk membantu keluarganya.

Kegigihan adik itu membuatkan semua kagum lantas sebak dengan situasi yang perlu dihadapinya.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Happy dia bawa balik beras tu, auto air mata mengalir" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut sebak. Malah, ada yang kagum dengan sifat dan kegigihan adik itu mencari rezeki. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 307K tontonan, 35K tanda suka dan 2K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Semoga adik dan keluarga dipermudahkan segala urusan. Amin :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: