#KempenBenderaPutih: Ini Yang Anda Perlu Tahu & Lakukan Sebagai Rakyat Malaysia
Kibarkan di depan rumah anda jika perlu!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Ramai yang terkesan dalam fasa pandemik ini akibat penularan wabak penyakit Covid-19
Dalam situasi yang cukup menggusarkan ramai ini, terdapat segelintir orang yang jadikan pembunuhan diri sebagai jalan terakhir untuk melepaskan bebanan yang ditanggung selama ini. Buktinya, seramai 10 orang telah mengambil jalan tersebut di Pulau Pinang dalam tempoh 5 bulan pertama semenjak PKP akibat pandemik Covid-19.
Melihatkan keadaan yang sangat menyedihkan dan merisaukan semua rakyat, kita semua perlu berganding bahu untuk menolong antara satu sama lain supaya mereka tidak terbeban dan mengambil langkah yang silap.
#KempenBenderaPutih dilaksanakan untuk menolong antara satu sama lain
Tidak dinafikan, masih ada sesetengah rakyat Malaysia yang tiada sumber wang pencarian, masih ada yang terbeban dan terpaksa mengikat perut. Golongan inilah yang perlu kita bantu untuk menjamin kelangsungan hidup.
Namun begitu, ada juga yang malu untuk tampil meminta bantuan. Oleh sebab itu, inisiatif #KempenBenderaPutih adalah untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan.
Melalui #KempenBenderaPutih ini, rakyat Malaysia boleh meminta bantuan dengan mengibarkan bendera putih bagi memaklumkan kepada umum bahawa mereka memerlukan bantuan dan sokongan hidup.
Lihat posting penuh di bawah:
"Malaysia berganding bahu, rakyat tolong rakyat" - Netizen
Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen bersetuju dengan inisiatif kempen ini. Malah, ramai yang sedia membantu untuk menjamin kelangsungan hidup rakyat.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 14K retweets, 247 quotes tweets dan 6K likes di Twitter.
Berikut di bawah merupakan reaksi netizen terhadap kempen tersebut: