[VIDEO] "Ambil Lah" - Nenek Ini Sayang Sangat Dekat Cucunya Sampai Netizen Pun Jadi Sebak
Nenek siapa macam ni juga?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak dinafikan selain rapat dengan ibu bapa, ramai juga yang rapat dengan nenek dan atuk bukan?
Mana tidaknya, kalau yang tinggal serumah sudah tentu rapat kerana sering meluangkan masa bersama-sama. Kalau tidak tinggal serumah, kita pasti akan balik kampung berjumpa dengan mereka untuk melepaskan rindu. Nenek dan atuk merupakan orang yang paling gembira jika berjumpa dengan cucu mereka.
Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini yang memaparkan betapa rapatnya seorang pemuda ini dengan neneknya mencuri tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak jemu hulur duit dekat cucu kesayangan
Menerusi video yang dimuat naik oleh @official_senyumss di TikTok, kelihatan dia dan neneknya sedang berada di dalam kereta menuju ke satu tempat.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila neneknya menghulurkan duit sebanyak RM50 walaupun dia telah menerima RM10 sebelum itu daripada si nenek.
Neneknya lantas berkata "Nak ke tak nak, ambil jelah Mad. Aku ingat kau cucu yang aku bela dulu." kepada cucunya. Ayat itu sekali gus membuatkan netizen merasa sebak.
"Aduh nak nangis la part ambil lah Mad" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa sebak selepas melihat video tersebut. Malah, ada yang mengimbau kembali masa bersama nenek mereka. Ramai juga yang bersetuju bahawa nenek mereka juga bersifat begitu.
Ketika artikel ini ditulis, video itu meraih 2M views, 254K likes dan 8K comment di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: