seismik

[VIDEO] "Selamba Jawab Kentut" - Ibu Dekah Bila Mengajar Anak Ketika PdPR Ini

Pening la si ibu!

Cover image via @umynrinsyrh12 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) telah dilaksanakan semenjak PKP

Perkara ini adalah untuk mengekang penularan wabak penyakit Covid-19. Semua murid dan pelajar dikehendaki untuk belajar di rumah dengan mengikuti kelas online. Sementara itu, ibu bapa juga bertanggungjawab untuk memantau kerja rumah anak-anak mereka.

Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita sedang mengajar anaknya mengulang kaji mencuri tumpuan netizen.

Lihat video penuh itu bawah:

@umynrinsyrh12

Dugaan #pdpr nak mengajo pun tkleh garang2 kalau cmni

original sound - Ciahhrah - Ciahhrah

Selamba jawab 'kentut' bila ibu tanya fungsi tandas

Menerusi video yang dimuat naik @umynrinsyrh12 di TikToknya, kelihatan dia sedang mengajar anaknya subjek bahasa Inggeris.

Apa yang lebih melucukan adalah apabila dia bertanya kepada anaknya apakah fungsi tandas selain membuang air besar. Dengan selambanya, anak itu menjawab kentut. Ibunya automatik berdekah sebaik saja mendengar jawapan si anak.

"Acik kentut bersepah dik, tak pernah pergi toilet" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan jawapan anaknya itu. Malah, ramai yang menyakat di komen mengatakan mereka kentut bersepah. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 332K views, 25K likes dan 100 comments di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Comel betul adik ni, bagus dia tak kentut sepah-sepah :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: