"Sampai Cikgu Pun Terdiam" - Jerit Marah Adik, Pelajar Ini Gelabah Lupa Tutup Mikrofon
Dia punya garang tu, sampai semua terbeliak!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Difahamkan pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan secara dalam talian ketika pandemik ini
Tidak dinafikan mengikuti kelas online sememangnya mempunyai pelbagai cabaran. Kadang kala pelajar tidak dapat memberikan perhatian yang sepenuhnya ketika guru sedang mengajar akibat persekitaran yang bising.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang pelajar perempuan dilihat gelabah dan tahan malu dalam kelas sebab menjerit marah kepada adiknya yang bising itu mencuri tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Jerit dekat adik tapi lupa tutup mikrofon
Menerusi video yang dimuat naik oleh @putrianisanisya di TikTok, kelihatan pelajar yang dikenali sebagai Putri itu sedang menghadiri kelas online dan memberikan perhatian sepenuhnya semasa guru mengajar.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila adiknya mengusik dan membuat bising ketika dia ingin fokus. Lantas, dia menjerit “diam lah!” kepada adiknya. Tindakan itu membuatkan gurunya terkejut dan rakan-rakannya juga terbeliak mata.
Sebaik saja Putri sedar bahawa dia tidak menutup mikrofonnya, dia malu dan gelabah meminta maaf kepada guru dan rakan kelasnya.
"Allah dah tutup aib kau, kau lupa tutup mic" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur. Malah, ramai yang menyakat Putri dengan mengatakan mereka juga akan malu jika berbuat demikian.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 1.2M views, 215K likes dan 4K comments di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TiKTok: