“Kan Dah Kena Bengong” - Anak Cuba Ikut Trend Kongsi Rutin Harian Ini Buat Mak Pecah Perut
Kita pun ikut mengekek sekali dengar mak dia gelak!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Umum ketahui bahawa kita perlu sentiasa duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini dilaksanakan
Hal ini supaya jangkitan penularan wabak dapat dikurangkan. Disebabkan itu, banyak aktiviti yang boleh dilakukan terbatas. Baru-baru ini tular trend kongsi video rutin harian sepanjang PKP di TikTok yang boleh dilihat di laman media sosial.
Sama juga seperti gadis ini yang kongsikan rutin hariannya dengan merakam video bersama ibunya. Video berkenaan telah mendapat tumpuan netizen di Twitter.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sengaja 'menipu' depan mak nak lihat reaksinya
Menerusi video berkenaan, kelihatan gadis itu sedang merakam video perkongsian rutin harian sepanjang PKP bersama ibunya.
Apa yang lebih menarik adalah apabila gadis itu sengaja menipu dalam perkongsian rutin hariannnya. Lebih melucukan lagi apabila reaksi maknya kelihatan mengekek dan terbahak-bahak tanpa berhenti sebaik saja mendengar penipuan anaknya itu.
"Setiap pagi saya akan bangun pukul 5"
"Siapa yang bangun pukul 5? Aku ke dia?"
"Kemudian, saya akan menunaikan solat tahajud"
"Menipu, janganlah buat baik sangat, cakap sembahyang subuh sudah lah, tak payah tahajud tahajud semua alaa"
"Paling kelakar bila mak dia cakap mana ada usia macam ni sembahyang tahajud" - Netizen
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan reaksi maknya yang terbahak-bahak itu. Malah, ramai yang mengatakan video tersebut paling win.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 291K views, 12K retweets, 2K quotes tweets dan 18K likes di Twitter.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter: