seismik

[VIDEO] "Tidur Luar" - Isteri Bengang Campak Phone Akibat Suami Gurau Minta Nombor Janda

Jangan buat main bang!

Cover image via @mattop55 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kadangkala, bergurau senda dalam rumah tangga itu perlu untuk mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain

Situasi yang kelakar dapat menyerikan lagi hubungan antara pasangan suami isteri itu. Tidaklah bosan bukan?

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang lelaki ini membuat prank call bersama rakannya dan meminta nombor janda depan isterinya curi tumpuan netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Campak phone suami lepas terdengar minta nombor janda

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mattop55 di laman TikToknya, kelihatan dia sedang membuat panggilan prank dengan rakannya untuk meminta nombor janda. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila isterinya itu bertindak mengambil phone suaminya dan campak terus ke bawah sebaik saja terdengar ayat nombor janda. 

Isterinya lantas berkata "bodoh, janda janda, tak habis-habis janda hidup kau, kalau betul aku campak handphone tu kat luar". Suaminya dilihat terus takut dan memberitahu isterinya yang dia sedang membuat prank

Lihat video sambungan itu di bawah: 

"Bang, saya ada selimut dan bantal lebih, nanti datang rumah kalau nak tidur" - Netizen

Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan prank tersebut. Malah, ramai yang menawarkan bantuan jika lelaki itu dihalau rumah. Selain itu, ramai juga yang menyakat pasangan itu. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 96K views, 5K likes dan 300 comments di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Nasib phone tengah cas, kalau tak dah melayang! :')

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: