[VIDEO] Baru Nak Rasa Contraction, Tak Sampai Seminit Dah Menjerit Sebab Sakit. Lawak!
Agaknya macam mana lah kalau lelaki yang beranak?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Ibu yang mengandung pasti pernah merasa sakitnya bersalin
Sebab itu, tidak dinafikan proses sakit bersalin merupakan sakit kedua selepas sakit mati. Namun begitu, sesetengah lelaki biasanya tidak faham kesusahan yang perlu ditempuhi oleh sang isteri ketika bergelut di wad.
Baru-baru ini tular video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki cuba untuk rasa sakit contraction itu mencuri tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak sampai seminit pakai alat dah jerit kesakitan
Menerusi video yang dimuat naik oleh @noraznyaisy di laman TikToknya, kelihatan sepasang suami isteri sedang merakam sebuah content.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah suami itu mahu mencuba sakit contraction dengan memakai satu alat. Lebih melucukan lagi apabila suaminya terjerit kesakitan walaupun tidak sampai seminit alat itu dipasang.
Tambahan lagi, isterinya juga cuba meningkatkan tahap kesakitan untuk melihat reaksi suaminya. Suaminya lantas menjerit seolah-olah tidak tahan kesakitan telah mengundang dekah netizen.
"Tu baru sakit dekat perut, sakit jahit tak rasa lagi" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur. Malah, ramai yang ingin membeli alat tersebut untuk dicuba bersama pasangan mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 175K tontonan, 11K tanda suka dan 400 komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok: