seismik

[VIDEO] "San Jose" - Buat Lakonan Pergi Ke US, Sekali Sebutannya Undang Tawa Netizen

Hmm, semua perkataan dia tukar!

Cover image via @miaazahar (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap bahasa mempunyai sebutan yang berbeza-beza dan mempunyai keunikan tersendiri

Sebagai contoh, sebutan dalam bahasa Melayu dan Inggeris mempunyai perbezaan. Disebabkan itu, terdapat perkataan yang sering kita salah sebut. Sama juga dengan bahasa Inggeris, bahasa Inggeris dari United Kingdom dan United States berbeza dari segi sebutannya.

Baru-baru ini tular video di TikTok yang memaparkan lakonan seorang gadis pergi ke United States, tetapi sebutannya pula yang mencuri tumpuan netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Sebutan 'J' jadi 'H', tetapi lain pula bila sampai penghujung videonya

Menerusi video yang dimuat naik oleh @miaazahar itu, kelihatan dia sedang berlakon menjadi tourist di lapangan terbang United States.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila sebutan San Jose sebenarnya adalah San Hose. Lebih melucukan lagi, apabila ditanya tempoh tinggal di sana, Mia mengatakan "from Hanuary to Hune or Huly".

Situasi tersebut telah mengundang dekah netizen kerana sepatutnya sebutan untuk January, June dan July perlu menggunakan konsonan 'J'.

"Hahaha, kita nak pergi Hohor pun tak boleh ni" - Netizen

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan lakonan gadis tersebut. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 2M tontonan, 188K tanda suka dan 5K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Aduh lawaklah dia ni, sakit perut gelak! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: