"Kena Bahan" - Isteri Bantai Gelak, Siap Baca Kuat-Kuat Surat Cinta Ex-Girlfriend Suami
"Lain kali kasi clean dulu bang" - Netizen.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak dinafikan, semua orang pasti pernah melalui zaman 'cinta monyet' semasa sekolah dulu bukan?
Disebabkan telefon bimbit pada waktu dulu tidak secanggih sekarang, kebanyakan daripada kita lebih suka berkomunikasi melalui surat cinta saja.
Namun, jika diingat semula memori zaman itu, pasti kita akan malu dan tidak mahu membaca surat-surat kepada bekas kekasih. Tambahan pula jika sudah berkahwin, semua itu akan menjadi kenangan zaman silam saja.
Tetapi, lain pula yang berlaku baru-baru ini apabila seorang lelaki dibahan oleh isterinya selepas kantoi masih menyimpan surat cinta lama telah mencuit hati ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Isteri terjumpa surat cinta ex-girlfriend, siap baca kuat-kuat dan gelakkan suami
Menerusi video yang dimuat naik oleh @repeeace, kelihatan isterinya sedang mengemas barangan lama mereka di ruang tamu rumah mereka.
Namun tidak lama kemudian, si isteri menjumpai sebuah kotak yang dipenuhi dengan surat cinta suaminya dengan bekas kekasih zaman cinta monyet dulu.
Apa yang lebih menghiburkan, isterinya siap membaca satu per satu isi surat tersebut dengan nada yang kuat bertujuan untuk membahan lelaki tersebut. Malah, dia tergelak besar pada hujung video kerana tak sangka suaminya menulis ayat jiwang seperti itu.
Image via @repeeace (TikTok)
Image via @repeeace (TikTok)
"Lepas tengok ni terus aku tanya suami ada simpan surat ke tak. Haha bahan ni makan tahun tak habis bang" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 320K views, 12.6K likes dan 540 shares di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat isterinya yang kuat membahan si suami.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @repeeace (TikTok)
Image via @repeeace (TikTok)
Image via @repeeace (TikTok)
Image via @repeeace (TikTok)
Image via @repeeace (TikTok)
Image via @repeeace (TikTok)
Image via @repeeace (TikTok)
Image via @repeeace (TikTok)
Image via @repeeace (TikTok)
Image via @repeeace (TikTok)
Image via @repeeace (TikTok)
Image via @repeeace (TikTok)
Nasib baik dapat isteri sporting, paling teruk pun kena bahan je. Kalau dapat yang jenis baran, habis kau bang :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment