Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Kena Block Di WhatsApp, Twitter & IG, Cara Lelaki Ini Pujuk GF Guna Email Buat Netizen Awh

A for effort!

Cover image via Twitter @nuyayaa

Kalau dah namanya boyfriend dan girlfriend, makanya gaduh-gaduh kecil itu adalah perkara biasa

Image via Google

Lelaki dan perempuan memang sifatnya berlawanan, disebabkan itulah sering kali terjadi salah faham di antara keduanya.

Bahkan, buat pasangan yang sedang hangat bercinta itu, kadang-kadang perkara kecil pun boleh jadi gaduh besar. Pasti ada sahaja yang tidak kena pada pasangan untuk dijadikan 'modal' pergaduhan.

Dan di dalam situasi sebegini, biasanya lelakilah yang akan mengalah dan melayan kerenah pasangannya. Iyalah, nak tunjuk cool, kenalah mengalah, betul tak?

Seperti yang berlaku kepada sepasang kekasih ini dimana si lelaki telah di-block oleh girlfriend-nya di laman sosial gara-gara pergaduhan kecil. Yang comelnya adalah cara lelaki itu memujuknya kembali!

Image via Twitter @nuyayaa

Menerusi perkongsian di laman Twitter, gadis yang bernama Hidayah telah berkongsikan bagaimana dia telah block teman lelakinya di semua laman sosial iaitu WhatsApp, Twitter, dan Instagram, meskipun mengakui tindakan tersebut bersifat kebudak-budakan.

Image via Twitter @nuyayaa

Menariknya, disebabkan sudah kena block di merata platform, teman lelaki Hidayah yang bernama Ali Imran itu memilih untuk menghubunginya menggunakan email.

Cara memujuk? Senang sahaja, ajak makan!

Image via Twitter @nuyayaa

Difahamkan kedua-dua mereka telah pun berbaik semula, maka bermulalah sesi meng-unblock.

Image via Twitter @nuyayaa

Ternyata tweet tersebut telah mendapat beberapa reaksi daripada warganet.

Ada yang memuji effort yang dibuat lelaki tersebut, ada juga yang berkongsikan pengalaman mereka yang mirip dengan Hidayah.

Antara komen menarik dari warganet:

Image via Twitter @nuyayaa

Image via Twitter @nuyayaa

Image via Twitter @nuyayaa

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel lawak di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment