"Bestnya Jadi Lelaki" - Ramai Terhibur Pelajar UTP Ini Lawan Tarik Tali Di Koridor Asrama!
Bestnya jadi lelaki. Jangan harap boleh main tarik tali dekat asrama perempuan!
Telah viral di laman Twitter sebuah rakaman video gelagat pelajar lelaki Universiti Teknologi Petronas (UTP) berlawan tarik tali di koridor kolej kediaman
Ternyata video berdurasi 27 saat yang dimuat naik @_amrlhakim itu telah menarik perhatian warganet sehingga meraih lebih 700,000 tontonan dan 30 ribu retweets yang mana dan rata-rata mereka terhibur dengan gelagat yang dilakukan pelajar-pelajar UTP tersebut.
Bahkan terdapat juga warganet yang menyatakan bahawa apa yang dilakukan pelajar-pelajar itu telah berjaya mengimbau kembali kenangan mereka semasa di alam pengajian.
Tak percaya? Lihat sendiri video di bawah:
Ketika dihubungi, Amirul yang mengambil jurusan Kejuruteraan Kimia di UTP berkata, dia tidak menyangka video tersebut akan tular dan mendapat pelbagai reaksi di media sosial
Dia menceritakan pada mulanya mereka hanya mahu memeriksa tali yang akan digunakan untuk acara sukaneka, namun tidak menyangka rakannya mula mengajak rakan-rakan lain seramai 12 hingga 15 orang di aras kediaman untuk bermain bersama.
"Asalnya saya muat naik video itu petang semalam hanyalah sekadar suka-suka dan untuk simpanan diri saya tapi hari ini saya tengok ramai yang tengok video ini sehingga mencecah ratusan ribu.
"Saya juga tak sangka video ini boleh tular di media sosial dan saya berterima kasih kepada netizen kerana terhibur dan sudi berkongsi gelagat yang kami lakukan di asrama," katanya kepada Sinar Harian.
Memang benar ramai yang terhibur dengan gelagat pelajar-pelajar itu.
Antara komen yang ditulis warganet: