[VIDEO] Kena Marah Balik Lambat Sebab Adik, Abang Sampai Naik Stres Jawab Dengan Ayah
Jaga perempuan memang susah dik!
Memiliki anak kecil memang akan menjadikan rumah lebih riuh dan kecoh
Iyalah, budak kecil memang banyak ragam dan kerenah mereka. Kadangkala sampai ibu bapa naik pening nak melayan telatah mereka.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak lelaki kelihatan stres apabila dimarahi ayahnya kerana balik lambat telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ayah tanya kenapa balik lambat, budak cuba jawab ini sampai naik stres
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak lelaki dan adik perempuannya baru saja pulang dari taman permainan.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila ayahnya menyoal siasat mereka dan bertanya kenapa mereka balik lambat. Pada asalnya, mereka berjanji untuk pulang ke rumah sebelum pukul 7 malam.
Lebih melucukan lagi adalah apabila budak lelaki itu menyalahkan adik perempuannya kerana tidak mahu pulang walaupun telah dipujuk.
Lebih menghiburkan lagi, abangnya itu sudah kelihatan stres namun adik perempuannya dengan selamba buat muka tak bersalah.
"Dia ni haa Fatimah, orang nak balik lepastu orang nak Fatimah balik jugak lepastu dia tak nak! Pastu orang ajak-ajak Fatimah, dia asyik nak main je. Susah betul nak jaga dia ni", katanya.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Jaga adik pun dah stress dik. Lagi-lagi awek, naik gila dik. abang faham perasaan adik" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3M tontonan, 412K tanda suka dan 14K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @shukri1902 (TikTok)
Image via @shukri1902 (TikTok)
Image via @shukri1902 (TikTok)
Image via @shukri1902 (TikTok)
Memang nampak stress betul abang dia tu, kesian dia ya! :')
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment