Kenal Lisa BLACKPINK Tapi Tak Kenal Tunku Abdul Rahman, Respon Gen Z Ini Undang Kecaman
Alamak! Macam mana boleh tak kenal tu dik.
Aplikasi TikTok kini dijadikan sebagai medium para pengguna untuk membuat pelbagai jenis konten seperti eksperimen sosial, challenge dan sebagainya
Dalam banyak-banyak konten, eksperimen sosial adalah video yang sering mendapat perhatian netizen kerana ingin melihat reaksi orang ramai apabila diuji dengan beberapa situasi.
Namun, baru-baru ini sebuah video telah mencuri tumpuan gara-gara reaksi beberapa orang remaja yang tidak mengenali Tunku Abdul Rahman.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kenal Lisa BLACKPINK, tapi terpinga-pinga bila nampak muka Tunku Abdul Rahman
Menerusi perkongsian video eksperimen sosial daripada @raffisimple, kelihatan lelaki itu menerjah beberapa orang remaja perempuan di sebuah shopping mall.
Apa yang menjadi perhatian ramai adalah apabila dia menunjukkan gambar Lisa BLACKPINK kepada mereka dan menyuruh mereka teka siapa artis tersebut. Kesemuanya menjawab dengan laju dan betul.
Namun, apabila dia menunjukkan gambar kedua iaitu Tunku Abdul Rahman, mereka dilihat terpinga-pinga dan tidak dapat menjawab siapakah nama penuh tokoh Malaysia itu.
Reaksi mereka menjadi bualan netizen dan ramai meluahkan rasa sedih dengan general knowledge generasi zaman sekarang.
Image via @raffisimple (TikTok)
Image via @raffisimple (TikTok)
"Teruk sangat tu, malunya lahai" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini telah meraih sehingga 1.2M views, 7.3K comments dan 46.4K likes di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pendapat mereka masing-masing yang sedih dengan generasi Z.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @raffisimple (TikTok)
Image via @raffisimple (TikTok)
Image via @raffisimple (TikTok)
Hmm. Apa pendapat korang pula?
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment