seismik

Gelagat Tiga Orang Gadis Selamba Tunggang Kuda Di Bahagian Drive-Thru McD Ini Curi Tumpuan

Advance betul ya.

Cover image via @missneoo0 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya, kita hanya nampak kereta dan motosikal saja yang membuat pesanan di laluan drive-thru McDonald's betul tak?

Jarang sekali kita melihat kenderaan lain ada di laluan tersebut. Namun, baru-baru ini tular sebuah rakaman di TikTok memaparkan tiga orang gadis menunggang kuda sambil memesan makanan di drive-thru McD telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@missneoo0

Membalas kepada @Osman galau nh part 2

bunyi asal - lechi - lechi

Sempoi tunggang kuda sambil order makanan, pekerja McD pun sempat rakam

Menerusi video yang dimuat naik oleh @missneoo0, kelihatan tiga orang gadis itu sedang membuat pesanan di bahagian drive-thru McD Gong Badak.

Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila mereka dilihat menunggang kuda masing-masing ketika membuat pesanan makanan.

Pekerja McD yang berada di kaunter pembayaran juga dilihat teruja merakam gelagat mereka kerana situasi seperti itu jarang berlaku.

"Ni memang lain dari yang lain ni. Nak pergi beli kuda sekarang lah macam ni" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 850.8K views, 87.1K likes dan 6.1K shares di laman TikTok.

Rata-rata netizen turut teruja dan memberikan reaksi masing-masing selepas melihat video itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kuda tu pun elok je ikut tuan dia ya, nasib baik tak buat hal tiba-tiba berlari dekat McD tu :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: