Kenali Bufori, Jenama Kereta Mewah Buatan Malaysia Yang Ramai Tak Tahu - "Ini Baru T20"
Ini baru betul kereta kayangan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Mempunyai kereta idaman sememangnya menjadi impian ramai orang
Tambahan pula jika kereta itu memang sudah lama kita minat, kita pasti akan berusaha dan mengumpul wang untuk memilikinya betul tak?
Namun, jika harga kereta itu sudah lari dari bajet kita memang hanya lihat sahajalah. Nak beli tak mampu pula kerana harganya yang mahal. Kebiasaannya, kereta-kereta mewah berasal daripada jenama negara luar.
Tetapi, tahukah anda sebenarnya Malaysia mempunyai jenama kereta mewah sendiri. Eh, betul ke?
Image via @carbuddiemy (TikTok)
Kereta buatan tangan mewah dari Malaysia
Menerusi video di TikTok @carbuddiemy, kelihatan mereka telah ke sebuah kilang pembuatan kereta mewah di Malaysia.
Apa yang lebih menarik adalah ia adalah buatan tangan dan jenama daripada Malaysia.
Difahamkan, kereta mewah itu diberi nama Bufori. Ia diilhamkan oleh coupe Amerika 1930-an. Syarikat itu dimiliki oleh tiga beradik warga Lubnan Australia ,Anthony, George dan Gerry Khouri.
Bufori Motor Car Company Pty. Ltd. ialah sebuah syarikat proprietari berhad mengikut saham dan berdaftar di Australia, begitu juga dengan Bufori Motor Car Company (M) Sdn. Bhd. di Malaysia.
Pada asalnya, semua operasi pembuatan dan jualan dijalankan di Australia, tetapi pada tahun 1998 pengeluaran penuh berpindah ke kemudahan baru di Kepong, pinggir bandar Kuala Lumpur, di Malaysia.
Harga kereta pula bermula dari RM850,00 dan ke atas.
Ramai terkejut dapat tahu Malaysia ada kereta mewah
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati ramai yang baru tahu dan terkejut selepas mendapat tahu Malaysia mempunyai jenama kereta mewah.
"Bufori ni golongan-golongan elite atau royal family je familiar sebab harga keras bos and of course unique classical car," kata seorang netizen.
"Ok. yang pakai Bufori baru aku percaya dia jutawan," kata seorang lagi netizen.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 206.4K views, 13.8K likes dan 195 comments di TikTok.
Lihat video itu di bawah:
Tak sangka rupanya ada kereta mewah dari Malaysia ya :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment