Kerusi Tak Muat Masuk Pintu Rumah, Ramai Naik Pening Lihat Cara Lelaki Ini Selesaikannya
Ya ampun, terlebih kreatif ni bang.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Membuat renovation rumah sebenarnya bagus untuk memberikan keselesaan yang lebih kepada kita sekeluarga
Namun, kosnya bukanlah sedikit. Kadangkala, boleh mencecah ratusan ribu ringgit. Tetapi, lain pula yang terjadi di dalam video ini apabila cara seorang lelaki yang ingin memasukkan kerusi di pintu rumahnya mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sanggup potong pintu semata-mata nak masukkan kerusi
Menerusi video yang dimuat naik oleh @ibnukhalid_00, kelihatan lelaki itu ingin memasukkan kerusi bangku ke dalam rumahnya.
Tetapi, disebabkan pintu rumahnya kecil dan dia tidak dapat memikirkan bagaimana nak masukkan kerusi tersebut, dia telah melakukan solusi di luar jangkaan.
Sebenarnya kerusi itu boleh dimasukkan sekiranya dia menukar posisi dari melintang kepada menegak. Namun, dia memilih untuk memotong pintu gril rumahnya supaya menjadi lebih besar.
Setelah selesai memotong pintu tersebut mengikut garisan yang telah dilukis, akhirnya dia berjaya memasukkan kerusi itu.
Image via @ibnukhalid_00 (TikTok)
"Ni memang nak hancurkan rumah atau nak renovate ke memang buat untuk dapat like ni haha" - Warganet
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 5.6M views, 554.3K likes dan 12K shares di TikTok, rata-rata warganet turut memberikan pandangan masing-masing mengenai cara lelaki itu menyelesaikan masalahnya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @ibnukhalid_00 (TikTok)
Image via @ibnukhalid_00 (TikTok)
Image via @ibnukhalid_00 (TikTok)
Image via @ibnukhalid_00 (TikTok)
Image via @ibnukhalid_00 (TikTok)
Image via @ibnukhalid_00 (TikTok)
Image via @ibnukhalid_00 (TikTok)
Image via @ibnukhalid_00 (TikTok)
Lain macam ya cara abang ni settle kan masalah kerusi dia. Dia memang nak renovate tu :D
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment