Khai Bahar Nangis Dalam Live Program TV Kenang Arwah Ibu - "Rindu Yang Tiada Penghujung"
Kehilangan yang sukar buat Khai Bahar.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Penyanyi dan pelakon, Khai Bahar gagal menahan air matanya tatkala meluahkan rasa rindu terhadap arwah
ibunya, Rosnah Muhammad
Menerusi video yang dimuat naik oleh @whitv3malaysia_official di TikTok, Khai Bahar atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin pada mulanya kelihatan tenang ketika mula-mula disoal mengenai topik 'Dipaksa Kuat' oleh pengacara Wanita Hari Ini (WHI).
Khai memberitahu, proses ketika berniaga ketika sebelum arwah ibu tiada, dirinya masih okay dan kuat sebab keluarga masih ada serta menyokongnya.
"Impact yang paling sakit selepas mak takda, sangat terkesanlah dan ada that time sampai rasa macam lost tak tahu nak buat apa.
"Sampai macam dah putus harap, orang kata dalam family Khai paling rapat adalah dengan mak. Anything problem, kena kecam, demam sakit semua yang faham Khai adalah mak," kongsinya.
Image via @whitv3malaysia_official
"Even sekarang tipulah saya kata, saya masih kuat saya still nak dapatkan kekuatan tu" - Khai Bahar
Jelas Khai lagi, memang dia akan ingat kata-kata mak jaga adik-adik semua teruskan hidup, tetapi kekuatan itu masih tak sama macam orang lain bagi macam mak sendiri bagi tak akan dapat.
Terdahulu, Fahrin Ahmad juga tidak dapat menahan sebak selepas membaca 'surat cinta' daripada isterinya saat bersiaran secara langsung kerana kerinduannya kepada arwah ibunya, Allahyarham Merbyah Akhwan.
Diikuti rakan pengacaranya, Fiza Sabjahan tidak dapat menahan sebak selepas membaca surat daripada adiknya. Di dalam surat berkenaan adiknya meluahkan rasa terima kasih banyak buat Fiza kerana telah banyak berkorban buat keluarga.
Pada ketika itu, mereka sedang membincangkan topik 'Dipaksa Kuat' yang kemudiannya penerbit membuat kejutan.
Tonton video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment