Khairul Aming Lancar Produk Terbaharu ‘Dendeng Nyet Berapi’ - “Tak Sabar Nak Rasa”
Difahamkan, proses R&D mengambil masa selama setahun dan telah memakan modal lebih daripada RM2 juta.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sehingga ke hari ini, Sambal Nyet keluaran Khairul Aming masih menjadi rebutan orang ramai. Bahkan, populariti Sambal Nyet ini tular di pelbagai platform dan sering sold out pada setiap masa
Tahukah anda bahawa pada tahun 2023 telah memperlihatkan jualan Sambal Nyet mencecah RM20 juta yang mana peningkatan lebih 40% dari tahun 2022.
Terbaharu, Khairul Aming sedia melebarkan penawaran produk ke-2 pula selepas bertahun-tahun diminta oleh para peminatnya.
Dia baru sahaja mengumumkan produk kedua yang dikenali sebagai 'Dendeng Nyet Berapi' menerusi akaun media sosial rasminya di Instagram.
Difahamkan, sebanyak 80,000 unit akan dijual untuk pelancaran pada hari Jumaat, 2 Februari ini.
Image via khairulaming (Instagram)
Modal yang dikeluarkan lebih daripada RM2 juta
Menurutnya, R&D produk kedua ini mengambil masa selama setahun dan telah memakan modal lebih daripada RM2 juta untuk persiapan mesin dan ubah suai kilang.
Hal ini kerana, R&D mengambil masa setahun adalah kerana perlu menyediakan resipi baharu, mesin bersesuaian, rekaan packaging dan cara penyimpanan yang ideal untuk produk itu. Produk Dendeng Nyet ini juga boleh dimakan secara terus kerana direka khas untuk ready to eat.
Di akhir ciapan, Khairul Aming berharap agar orang ramai menyukainya dan maklumkan sebarang kekurangan untuk penambaikan. Dia juga menantikan kehadiran para peminat pada hari pelancaran nanti.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak sabarnya admin nak beli dan rasa :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment