Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Kieda Crepe Minta Maaf Guna Logo Elephant Army Tanpa Kebenaran - "Tak Tahu Dah Berdaftar"

Permohonan maaf itu dibuat oleh pemilik Kieda Crepe iaitu Khalieda.

Cover image via @keidacrepepenang (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, nama Kieda Crepe sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila usahawan itu menggunakan logo pergerakan ultras Kelab Bola Sepak Sri Pahang (Sri Pahang FC) iaitu Elephant Army (EA) tanpa kebenaran

Usahawan dan juga pempengaruh, Khalieda Yusra dan pasangannya, Hilmi Zaki yang menjalankan perusahaan Kieda Crepe itu telah tampil memohon maaf secara umum menerusi media sosial mereka.

Difahamkan, logo tersebut digunakan oleh pasangan suami isteri itu pada lengan kanan jersi rekaan inspirasi daripada beberapa kelab Liga Bola Sepak Kebangsaan (NFL) di Amerika Syarikat bersempena jelajah perniagaan mereka ke negeri Pahang pada hujung bulan Julai ini.

Image via @kiedacrepepenang (TikTok)

Image via @kiedacrepepenang (TikTok)

Susulan itu, EA telah mengeluarkan kenyataan memaklumkan logonya telah didaftarkan secara rasmi sebagai cap dagangan di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)

Image via @ElephantArmy (X)

Suami kepada Kieda iaitu Hilmi atau lebih dikenali sebagai Amy turut memuat naik video permohonan maaf di akaun Tiktok perniagaan milik mereka, @kiedacrepepenang dan @amykiedamerchandise.

Menurutnya, penggunaan logo EA tanpa kebenaran itu terjadi apabila dirinya melakukan pencarian logo-logo di Google dan logo EA dilihat cantik untuk warga Pahang.

Pada masa yang sama, Amy mengakui tidak melakukan pencarian dengan lebih teliti mengenai logo berkenaan di mana ia sudah berdaftar di MyIPO oleh pergerakan ultras tersebut.

Berikut adalah tangkap layar perbincangan pasangan usahawan itu dengan pihak EA agar isu tersebut dapat diselesaikan

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment