Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Kita Bakal Sambut Hari Raya Aidilfitri & Tahun Baru Cina Pada Minggu Yang Sama Tahun 2029

Lama cuti raya nanti!

Cover image via Berita Harian Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tahukah anda? Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina akan disambut pada minggu yang sama pada tahun 2029, 2030 dan 2031?

Difahamkan, Hari Raya aidilfitri akan berlaku lebih awal setiap tahun berbanding tahun sebelumnya. Jadi, tak mustahil untuk kita menyambut Hari Raya dan Tahun Baru Cina pada minggu yang sama.

Fenomena ini dikenali sebagai Gongxi Raya atau Kongsi Raya. Gabungan ucapan popular Tahun Baru Cina 'Gong Xi Fa Cai' dan perkataan Melayu kongsi  bermaksud 'untuk berkongsi', dan raya pula bermaksud 'perayaan'.

Image via CGTN

Berikut merupakan tarikh kedua-dua perayaan pada tahun 2029, 2030 dan 2031:

2029
13 Februari (Selasa) - Hari Pertama Tahun Baru Cina
14 Februari (Rabu) - Hari Kedua Tahun Baru Cina
15 Februari (Khamis) - Hari Pertama Raya Aidilfitri
16 Februari (Jumaat) - Hari Kedua  Raya Aidilfitri

2030
3 Februari (Ahad) - Hari Pertama Tahun Baru Cina
4 Februari (Isnin) - Hari Kedua Tahun Baru Cina
5 Februari (Selasa) - Hari Pertama Raya Aidilfitri
6 Februari (Rabu) - Hari Kedua Raya Aidilfitri

2031
23 Januari (Khamis) - Hari Pertama Tahun Baru Cina
24 Januari (Jumaat) - Hari Kedua Tahun Baru Cina
25 Januari (Sabtu) - Hari Pertama Raya Aidilfitri
26 Januari (Ahad) - Hari Kedua Raya Aidilfitri

Image via says.com

Hal tersebut berlaku bergantung kepada kalendar bulan masing-masing

Sebagai contoh, tarikh Tahun Baru Cina ditentukan merujuk kepada kalendar Cina tradisional, iaitu kalendar lunisolar, manakala Hari Raya ditentukan oleh kalendar Islam, iaitu kalendar yang murni berdasarkan bulan.

Dalam kalendar Islam, satu tahun terdiri daripada 354 hari mengikut kitaran bulan, yang lebih pendek daripada kalendar solar Gregorian yang terdiri daripada 365 hari yang digunakan pada masa kini. Sebab itu, kalendar ini tidak sepadan dengan perubahan musim.

Sementara itu, orang Cina menggunakan kalendar lunisolar hibrida dengan 354 hari, sama dengan kalendar Islam. Walau bagaimanapun, mereka menambah satu bulan ke-13 sekali setiap tiga tahun untuk menambah jumlah hari dan memastikan bahawa musim berlaku pada sekitar masa yang sama setiap tahun.

Ini menjelaskan mengapa Tahun Baru Cina disambut pada akhir Januari atau Februari setiap tahun secara konsisten, manakala Hari Raya akan sentiasa bergerak lebih awal setiap tahun.

Image via Berita Harian

Pertembungan ini hanya berlaku setiap 30 tahun, memang spesial!

Tahun terdahulu kita berkongsi raya adalah pada tahun 1996, 1997 dan 1998. 

Sebelum itu, adalah pada tahun 1964, 1965 dan 1966. 

Tak sabarnya nak cuti panjang!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment