KLCC Di Tanjong Karang, Remaja Ini Bina Replika Menara Berkembar Gunakan Botol Minuman
Guna bahan kitar semula je!
Amalan kitar semula bukan sahaja dapat menjaga persekitaran, malah dapat digunakan semula untuk menghasilkan sesuatu
Itulah yang kita dapat lihat menerusi kreativiti seorang pelajar SMK Seri Desa, Tanjong Karang, Ahmad Afiq, 15 tahun. Remaja itu telah membina replika Menara Berkembar Petronas (KLCC) dengan bantuan abang dan bapanya.
Replika setinggi enam meter itu telah menggunakan sejumlah 700 botol minuman terpakai kata Ahmad Afiq. Tambahnya lagi, botol-botol tersebut dikutip di sekitar kawasan Tanjong Karang, Shah Alam dan Kuala Selangor sejak awal Ogos.
Lihat video proses pembinaan replika tersebut di bawah:
Sekolah ada anjurkan pertandingan kitar semula
"Tujuan dibuat replika KLCC ini adalah kerana di sekolah saya, ada pertandingan kitar semula menggunakan barang-barang terbuang," katanya.
Remaja itu turut menjelaskan pada mulanya dia mahu membina replika KLCC tersebut dengan menggunakan penyedut minuman namun membatalkan hasratnya.
"Pada mulanya, saya hendak hasilkan menggunakan penyedut minuman tetapi saiznya akan menjadi kecil selain sukar untuk dihasilkan.
"Kemudian, ayah dan mak cadangkan supaya menggunakan botol minuman dan ia akhirnya melebihi ketinggian rumah," tambahnya.
Image via Harian Metro
Gunakan tayar motosikal bapa sebagai acuan tapak
Selain itu, pada awal proses pembinaan replika tersebut, remaja itu menggunakan tayar motosikal bapanya sebagai acuan tapak.
"Tayar itu hanya digunakan untuk mendapatkan acuan bulatan sahaja. Selepas itu saya alihkan," katanya.
Ahmad Afiq juga berkata keputusan pertandingan tersebut akan diketahui selepas cuti sekolah. Dia turut menyatakan rasa bangga dengan replika yang dibina bersama abang dan bapanya. Usahanya itu turut mendapat sokongan ramai.
Selepas replika KLCC itu disiapkan, mereka membina replika Menara Kuala Lumpur pula. Kedua-dua replika itu diletakkan di sebelah rumah keluarga itu.
Image via Harian Metro
Cantik betul replika tu, semoga menang!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via googleapis.com
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment