"Lamanya Tahan Nafas" - Gelagat Geng Lelaki Menyelam Dalam Kolam Ini Buat Ramai Terhibur
Macam-macam gaya eh.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Apabila pergi bercuti bersama kawan-kawan, pasti salah satu aktiviti yang akan dibuat adalah mandi kolam bersama-sama betul tak?
Tambahan pula jika hotel yang kita duduk itu tidak ramai orang, lagilah kita akan buat kolam mandi itu seperti kita yang punya. Mandi sampai puas!
Walaupun tidak pandai berenang atau menyelam, pasti kita akan berendam juga untuk merasai keseronokan percutian tersebut.
Namun, lain pula yang jadi dalam video ini apabila sekumpulan pemuda sakan membuat pelbagai aksi semasa menyelam telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menyelam sambil buka mata siap buat macam-macam aksi dalam kolam
Menerusi perkongsian video daripada @ilmanismail, kelihatan geng pemuda itu sedang bermandi-manda di sebuah kolam.
Apa yang menarik perhatian, mereka dilihat menyelam sambil membuka mata dalam tempoh yang agak lama.
Bukan itu saja, mereka juga meletakkan kamera di dalam air dan sempat membuat pelbagai aksi spontan di dalam kolam itu seperti menari, baring, bersila dan maca-macam lagi.
Image via @_ilmanismail (TikTok)
Image via @_ilmanismail (TikTok)
"Macam mana nak tenggelam macam ni, asal aku selalu timbul tak nak tenggelam?" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sehingga 1.7M views, 270.8K likes serta 1.6K shares di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut kagum dengan skill menyelam mereka semua walaupun ada yang berbadan besar.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @_ilmanismail (TikTok)
Image via @_ilmanismail (TikTok)
Image via @_ilmanismail (TikTok)
Image via @_ilmanismail (TikTok)
Image via @_ilmanismail (TikTok)
Image via @_ilmanismail (TikTok)
Image via @_ilmanismail (TikTok)
Image via @_ilmanismail (TikTok)
Selamba je diaorang buka mata lama-lama dalam air. Kita pula yang rasa pedih :D
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment