seismik

Lelaki Berenang Tak Cukup 'Air' Lepas Terpijak Badan Whale Shark Undang Komen Lucu Netizen

"Nasib dia tak buka mulut kalau tak bermalam la kau dalam tu" - Netizen.

Cover image via @widi_nabire (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Selalunya, kita hanya akan nampak ikan-ikan kecil saja semasa snorkeling bukan?

Paling banyak ikan yang kita akan jumpa ada ikan nemo. Sesetengah pulau pula terdapat banyak penyu besar. Kalau bernasib baik, kita siap boleh bermain lagi dengan penyu dan memberi ikan makan.

Namun lain pula yang terjadi kepada seorang lelaki ini apabila dia terpijak badan seekor jerung paus telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tengah syok snorkeling, sekali menggelabah berenang naik atas lepas terpijak whale shark

Menerusi perkongsian video daripada @widi_nabire, kelihatan lelaki itu dan kawannya sedang snorkeling di laut.

Dia yang dilihat pada mulanya santai menikmati suasana di dalam air biru itu tidak menyedari ada seekor jerung paus datang dari arah belakangnya.

Namun, sebaik saja dia perasan kelibat jerung paus itu dan tidak sengaja terpijak badannya, lelaki tersebut cepat-cepat berenang naik ke atas kerana akibat ketakutan.

Walaupun situasi itu kelihatan cemas, tetapi reaksinya yang berenang dengan sangat menggelabah dan tidak cukup air itu telah mengundang tawa netizen.

"Biasa dengar lari tak cukup tanah, yang ni berenang tak cukup air. Haha tukang rakam pun jenis nak pedajal kawan-kawan" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah meraih 4.8M views, 285.5K likes dan 8.5K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat cara lelaki itu berenang lari daripada jerung paus tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Siapa je yang tak gelabah bila nampak whale shark oi, boleh auto pengsan dalam laut tu :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: