Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Lebih 19k Retweets, Wanita Ini Kongsi Kebaikan Minum Air Sarang Burung. Kulit Cantik Tau!

Minum sebotol sehari pun boleh buatkan kulit anda cantik tau. Beli pula di Watsons aje!

Cover image via Twitter @umairaharis

Setiap orang inginkan kulit wajah yang halus-mulus, bersih tanpa parut jerawat, jeragat dan sebagainya, bukan?

Tapi pening juga kalau anda sudah cuba untuk menggunakan pelbagai jenis produk namun masih tidak berjaya merawat kulit wajah.

Produk penjagaan kulit pula bukannya murah. Nak beli setiap bulan memang terasa sakit juga poket.

Image via Huda Beauty

Susah betul nak jaga dan rawat kulit wajah ni. Mengalahkan jaga bayi.

Tapi pernahkah anda terfikir untuk jaga pengambilan makanan dan minuman terlebih dahulu sebelum pergi ke produk penjagaan kulit?

Ya, betul. Mungkin anda sudah menggunakan produk penjagaan kulit wajah yang sepadan dengan jenis kulit anda, namun masih belum berjaya untuk mengekalkan konsistensi penjagaan kulit wajah.

Sebab apa?

Mungkin ianya ada kena mengena dengan pengambilan makanan dan minuman anda. Paling bagus jika boleh mengurangkan pengambilan gula dalam air jika anda ingin memulakan langkah pertama.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Hello Doktor

Seorang pengguna Twitter iaitu Umaira Haris yang merupakan seorang pengguna tegar air Sarang Burung telah berkongsi kebaikan jika anda mengambil air ini.

Menarik!

Perkongsian ini juga dilihat telah mendapat perhatian ramai orang selepas meraih lebih 19k retweets ketika artikel ini ditulis.

Baca penuh di bawah:

Kalau ada jualan murah di Watsons atau Guardian, boleh dapatkan minuman ini dengan harga lebih rendah

"Kulit gelap tak apa, janji bersih..."

Waktu terbaik untuk minum adalah selepas bangun tidur dan juga sebelum waktu tidur. Nak minum sejuk-sejuk pun boleh. Hasilnya memang terbaik!

Kalau beli yang mentah, boleh masak sendiri. Nak cuba boleh je, tak susah pun.

Minuman Sarang Burung ini bukan sahaja baik untuk kulit, malah banyak lagi kebaikkan yang perlu anda tahu. Sedap tak sedap itu boleh tolak tepi dulu ya.

Macam boleh mula je ambil minuman Sarang Burung ni. Baru boleh flawless. Hehe :p

Image via Wifflegif

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca perkongsian menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment